Skip to main content

Guru: Politik dan berpolitik

Penglibatan guru dalam bidang politik sememangnya bukan perkara asing atau perkara baharu dalam dunia politik. Malah sejarah tanah air sendiri telah merakamkan dengan jelas tentang penglibatan guru-guru sekolah dalam pergerakan politik tanah air. Guru hanyalah kerjaya atau profesion semata. Namun, maksud guru itu sendiri adalah merujuk kepada seseorang yang mengajar, mengasuh, dan mendidik. Seseorang walaupun berkerjaya di dalam bidang perguruan tetapi pada masa yang sama juga berperanan sebagai anggota masyarakat awam/sivil. Oleh yang demikian, seseorang awam/sivil mempunyai hak untuk berpolitik, dan dalam konteks Malaysia guru seharusnya dibenarkan menyertainya.


Politik tanah air dewasa ini sudah kurang daripada kematangan yang sewajarnya. Ahli-ahli politik tanah air dewasa ini bukan sahaja seperti keanak-anakan malah hampir setaraf dengan mereka yang tidak berakal dan berfikiran waras. Ini bukan disebabkan soal ahli atau tidak ahli tetapi tiada gunanya jika seseorang yang “ahli” politik tanah air itu berakal dan berfikiran jahil seperti masyarakat jahiliah zaman Rasulullah S.A.W. Walaupun seseorang itu “ahli” dalam bidang politik tetapi pada masa yang sama berakal dan berfikiran jahiliah maka politik tanah air akan menuju ke ambang kehancuran. Bidang politik memerlukan penyertaan seseorang yang bukan sahaja ahli dalam bidang ini (atau berkaitan dengan bidang politik seperti bidang ekonomi) tetapi ia juga perlu memiliki akal dan pemikiran yang baik lagi luhur. Akal dan fikiran yang baik dan luhur akan menentukan akhlak dan tingkah laku seseorang itu lebih-lebih lagi ia seorang animal politics tanah air yang tersohor dan masyhur.

Politik tanah air dewasa ini juga sudah kurang daripada kemantapan yang sewajarnya. Namun ini bukanlah disebabkan oleh implikasi geopolitik dunia tetapi berkait dengan rapat terhadap ciri-ciri asas seseorang animal politics tanah air itu sendiri. Ciri-ciri asas seseorang animal politics tanah air adalah berbalik kepada akal dan pemikiran, dan keluhuran akhlaknya. Seseorang animal politics tanah air walaupun ahli, tersohor, dan masyhur tetapi jika ia pincang dari segi akal dan pemikiran, dan keluhuran akhlak politik berpolitik, maka sistem berpolitik (walaupun diiktiraf dunia) dengan sendirinya tidak akan mampu memantapkan politik tanah air lebih-lebih lagi di dalam menentukan halatuju.

Jika guru-guru tanah air diberikan lampu hijau untuk turut serta menyertai politik tanah air, secara tidak langsung, politik tanah air yang sudah kurang matang dan mantap dewasa ini dapat dimatangkan dan dimantapkan semula. Walaupun ia tidak mampu matang dan mantap dengan sempurna, sekurang-kurangnya penyertaan guru-guru tanah air mampu meneutralkan semula prasangka dan praduga masyarakat awam/sivil terhadap animal politics tanah air yang hilang sifat ahlinya sejak akhir-akhir ini. Pada masa yang sama, penyertaan guru-guru tanah air dalam politik juga mampu membentuk komuniti politik yang terpelajar, terasuh, dan terdidik sekaligus membentuk komuniti politik yang luhur dari segi akal, fikiran, dan akhlak politik dan berpolitik.

Perlu disedari bahawa guru memiliki “inti” yang tidak ada pada animal politics tanah air melainkan seseorang animal politics tanah air itu pernah berkerjaya sebagai guru. “Inti” yang dimiliki guru ini adalah merujuk kepada inti “akar umbi.” Guru yang mengajar, mengasuh, dan mendidik di seluruh pelusuk dan ceruk tanah air memahami secara jelas dan tuntas apa sebenarnya kehendak dan keperluan rakyat jelata, tanpa mengira rakyat jelata itu kelas kota atau pun desa. Ini kerana guru sentiasa berada di peringkat kelas rakyat jelata apabila melaksanakan tugas penyampaian dan penyebaran ilmu. Keperitan rakyat yang dilepas pandang oleh animal politics tanah air, gurulah yang tahu. “Inti” yang ada pada guru ini tidak ada pada animal politics tanah air walaupun animal politics tanah air itu seseorang yang tersohor dan masyhur.

“Apabila Umno dan BN kalah teruk dalam pilihanraya umum 8 Mac 2008, bintangnya kembali terang. Atas kekalahan kawan-kawannya dalam Umno untuk pertama kali dia dipilih menjadi menteri kabinet. Bukan main ligat dia sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah. Tiada menteri sebelumnya pergi tidur di rumah-rumah orang kampung dan pondok-pondok buruk. Tidak pasti apakah dia ada tidur di rumah Orang Asli. Sepatutnya ada.”

“Tidak diketahui berapa kali dia memilih menumpang tidur di rumah orang kampung dari menginap di hotel? Tetapi publisiti tidur di dangau itu memasyhurkannya.”


-Subky Latif, 2009

Penyertaan dan penglibatan guru dalam politik tanah air perlu bersifat bebas yakni tanpa atau tidak terikat dengan mana-mana pihak terutamanya kerajaan yang memerintah (Umno/BN). Oleh yang demikian Umno/BN sebagai kerajaan yang memerintah perlu memberi kebebasan kepada guru yang ingin turut serta dalam politik sama ada menyertai Umno/BN atau Pakatan Rakyat, atau BEBAS. Sekiranya kebebasan guru untuk menyertai parti pakatan pembangkang disekat maka keadilan berpolitik bagi guru-guru tanah air disekat. Ini tidak akan mendatangkan kematangan dan kemantapan dalam politik tanah air.

Seterusnya, penyertaan dan penglibatan guru di dalam politik tanah air seharusnya tidak berasaskan pangkat. Guru tanpa mengira sama ada ia berpangkat rendah atau berpangkat kanan, guru muda atau tua, perlu diberi lampu hijau untuk turut serta dan terlibat secara langusung dengan politik tanah air. Sekiranya penyertaan dan penglibatan guru ini berasaskan pangkat maka secara tidak langsung keadilan berpolitik bagi guru-guru tanah air disekat dan keadilan berpolitik bagi mereka ditidakkan.

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.