Skip to main content

"Keadilan Baru": Apa yang Zaid Ibrahim perlu lakukan?

Apakah Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah hilang keadilannya sehingga Datuk Zaid Ibrahim mahu menubuhkah “Keadilan Baru” - sekiranya dikenakan tindakan pecat oleh pucuk pimpinan PKR? Jika ya, apakah wajar Datuk Zaid Ibrahim menubuhkan “Keadilan Baru?” Secara teorinya, Datuk Zaid Ibrahim boleh menubuhkan “Keadilan Baru” di dalam PKR tanpa menubuhkannya di luar PKR.
“Saya tinggalkan UMNO, saya lepaskan jawatan Menteri Kabinet, saya tinggalkan syarikat guaman yang paling berjaya. Saya sudah korbankan segalanya.
"Saya mempunyai visi untuk membetulkan keadaan dan mahu menjadikan sistem politik di negara ini lebih telus. Itulah harapan saya. Malangnya, dalam PKR tidak berlaku perkara begitu.
- Datuk Zaid Ibrahim

Apa yang perlu dilakukan oleh Datuk Zaid Ibrahim ialah menubuhkan “Keadilan Baru” di dalam PKR dan bukannya di luar PKR. Dengan menubuhkan “Keadilan Baru” di dalam PKR, KEADILAN di dalam PKR dapat dikembalikan semula. Seandainya Datuk Zaid menubuhkan “Keadilan Baru” di luar PKR, bakal pasti, “Keadilan Baru” yang ditubuhkan itu akan bersifat parti politik serpihan PKR. Secara hukum, parti politik yang bersifat serpihan tidak mempunyai kuasa absolute authority. Melainkan berkubur di masa hadapan sebagaimana parti Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah.
Penasihat de facto PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Naib Presidennya, Azmin Ali, walaupun pemimpin dua-tiga dalam PKR, sebenarnya tidak mempunyai absolute authority terutamanya secara politik mutlak. Absolute authority dalam PKR berada di tangan ahlinya. Sekiranya 60 peratus atau 70 peratus daripada seluruh ahli parti mem-veto absolute authority Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali, secara logika, absolute authority kedua-duanya akan terlucut dengan sendirinya walaupun tanpa campur tangan Presiden parti.
Menubuhkan “Keadilan Baru” di dalam PKR bukannya di luar PKR, apa yang perlu dilakukan oleh Datuk Zaid Ibrahim? Percaturan asas politik yang boleh digunakan oleh Datuk Zaid Ibrahim ialah memiliki terlebih dahulu absolute authority. Absolute authority ini boleh diperoleh melalui suara ahli parti. Sekiranya Datuk Zaid Ibrahim mampu memperoleh suara ahli parti secara mutlak, maka Penasihat de facto dan Naib Presiden boleh diundurkan daripada PKR. Melainkan PKR milik mutlak Presiden dan Penasihat de facto bukannya ahli parti seluruhnya.
Perlu diingat bahawa, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan animal politics yang cukup berpengalaman di samping memiliki political magic. Bukan sahaja setakat memiliki absolute authority dalam PKR tetapi mendapat perakuan daripada pemimpin satu-dua parti komponen Pakatan Pembangkang , yakni PAS dan DAP. Walaupun mampu atau berjaya memiliki absolute authority dalam PKR melalui suara ahli parti, Datuk zaid Ibrahim belum tentu mampu atau berjaya mendapatkan perakuan daripada pemimpin satu-dua parti komponen Pakatan Pembangkang.
Tanpa perakuan daripada pemimpin satu-dua parti komponen Pakatan Pembangkang, usaha untuk melakukan pembaharuan politik - di negara ini - akan berkubur, jika tidak pun statik. Melainkan Datuk Zaid Ibrahim masuk semula ke pangkuan UMNO-BN dengan membawa masuk “Keadilan Baru” yang ditubuhkan di dalam PKR ke dalam komponen BN. Namun jika Datuk Zaid Ibrahim berjaya mendapatkan perakuan daripada pemimpin satu-dua parti komponen Pakatan Pembangkang, sebagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim, maka usaha memulih dan meletakkan semula Keadilan di dalam PKR, dan melakukan pembaharuan politik di negara ini akan terlaksana walaupun memakan masa.
Dengan adanya absolute authority di dalam tangan - melalui suara ahli parti dan kesahan pemimpin satu-dua komponen Pakatan Pembangkang - Datuk Zaid Ibrahim akan membuatkan Penasihat de facto dan Naib Presiden berundur tanpa syarat atas kepentingan PKR keseluruhannya. Sekiranya absolute authority yang ada itu tidak mampu membuatkan Penasihat de facto dan Naib Presiden berundur dari jawatan, maka langkah politik yang perlu diambil ialah menubuhkan “Keadilan Baru” di dalam PKR, berteraskan parti di dalam parti.
Mengapa Datuk Zaid Ibrahim perlu menubuhkan “Keadilan Baru” di dalam PKR dan bukannya di luar PKR? Selain daripada mengelakkan kewujudan parti politik serpihan, ia juga dapat mengelakkan perpecahan di kalangan ahli dan pemimpin PKR terutamanya yang berbangsa Melayu. Kewujudan parti politik serpihan seperti parti Semangat 46 umpamanya menyebabkan orang Melayu berpecah secara politik. Perpecahan orang Melayu secara politik ini mampu memberi kesan negatif kepada perpaduan orang Melayu secara keseluruhannya.

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.