Skip to main content

Durian Lwn Timun...

Apakah Pilihan Raya Umum yang ke-12 nanti menjadi kayu pengukur sejauh mana kekuatan Umno sebagai parti politik dominan tanah air? Apakah juga pilihan raya umum ke-12 nanti memperlihatkan penurunan kadar undi rakyat marhaen terhadap Umno? Dan adakah selepas pilihan raya umum yang ke-12 nanti Umno masih lagi berkuasa?

Umno yang telah ditubuhkan pada 11 Mei 1946 berdasarkan fakta sejarah tanah air telah menjadi parti politik orang Melayu yang gah hingga ke hari ini. Sejak dari pilihan raya umum pertama pada 1959 sehinggalah pilihan raya umum yang ke 11 yakni tahun 2004, Umno tidak pernah tewas secara keseluruhannya kepada mana-mana parti politik pembangkang yang wujud di tanah air.

Umno pada asas dan dasarnya tetap akan memenangi pilihan raya umum sehingga bila-bila masa. Ini bukan disebabkan faktor-faktor pembantu seperti;

1. Kesetiaan rakyat marhaen yakni orang Melayu terhadap Umno

2. Jumlah ahli Umno yang besar

3. Sindrom "The Malay Dilemma" dikalangan rakyat marhaen terutamanya orang Melayu

tetapi perlu difahami Umno telah kukuh sebagai parti politik dominan orang Melayu dari tahu selepas penubuhannya sehinggalah tahun 2008 iaitu sekarang. Kekukuhan Umno ini telah mewujudkan faktor-faktor pembantu dalaman dan luaran iaitu;

1. Umno membentuk kerajaan selepas memenangi pilihan raya umum.

2. Umno adalah pemerintah yang mendapat kesahan daripada rakyat marhaen melalui pilihan
umum.

3. Umno sebagai kerajaan sudah tentu mempunyai aktor-aktor penting yang menjadi apparatus sebagai penggerak dan pelaksana dasar-dasar politiknya.

Jika dibandingkan antara Umno dengan mana-mana parti politik pembangkang tradisi seperti Parti Islam seMalaysia (PAS) atau parti-parti politik pembangkang yang baru wujud seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR), boleh diibaratkan seperti durian lawan timun. Walaupun parti-parti pembangkang mempunyai senjata yang ampuh untuk menarik jumlah pengundi yang ramai tetapi ia tidak boleh menjanjikan apa-apa kepada rakyat marhaen yang mengundinya. Ini kerana parti-parti pembangkang tidak memiliki apparatus yang amat berguna untuk menggerak dan melaksana dasar-dasar politik serta janji-janji politik yang ditaburi sebagaimana yang dimiliki oleh Umno.

Umno secara mutlaknya memiliki apparatus yang berperanan sebagai aktor-aktor penggerak dan pelaksana dasar-dasar politiknya. Contoh yang amat jelas ialah badan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Umno memilikinya kerana hakikat ilmu, sains, dan teori dalam dunia politik bahawa parti yang memenangi pilihan raya umum akan membentuk kerajaan yang sah. Dalam erti kata lain Umno ialah dan adalah kerajaan. Maka janganlah hairan apabila Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin memperkatakan seperti berikut apabila diminta mengulas tentang pakatan PKR, PAS, dan DAP untuk menggempur kawasan-kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dikuasai Umno.

"Umno tidak bimbang dengan perkara ini kerana telah biasa menghadapi mereka (Parti Pembangkang) sama ada satu lawan satu, dua lawan satu atau 10 lawan satu, Umno sentiasa berhadapan dengan parti pembangkang,"- (Utusan Malaysia, 17 Oktober 2008).

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.