Skip to main content

Minyak

Pada akhir tahun 2007 harga minyak global semakin tidak menentu ini sekali gus memberi impak kepada harga pasaran minyak dalam negara. Pelbagai andaian dibuat oleh pihak yang berkepentingan dengan kenaikan harga minyak terutamanya kalangan rakyat marhaen. Kerajaan PM Abdullah sejak akhir-akhir ini telah menjelaskan secara langsung kesan kenaikan harga minyak dunia tetapi tidak tuntas terhadap ''pro dan kontra'' akan kenaikan harga minyak dunia terhadap kerajaan dan negara.

Selama ini rakyat marhean tidak pernah mengetahui bahawa kenaikan harga minyak dunia sebenarnya menguntungkan negara. Ini boleh dijelaskan secara fakta dan bukannya fitnah. Menurut Menteri Kewangan kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakop, kenaikan harga minyak juga boleh membantu ekonomi negara. Tambah beliau lagi, sebagai pengeksport bersih minyak mentah, "negara berpeluang meraih RM250 juta bagi setiap kenaikan AS $1 dalam harga."

Harga minyak dunia berada pada paras AS $97.12 (RM321.47) setong pada 28 Disember 2007.

Pada masa yang sama kerajaan juga menjelaskan kepada rakyat marhaen secara langsung bahawa negara akan menerima kesan negatif akibat kenaikan harga minyak global malah negara secara teknikalnya boleh ''bankrupt." Ini boleh dijelaskan juga secara fakta dan bukanya fitnah. Semasa berucap di perasmian Tamu Besar dan Karnival Budaya Daerah Tuaran Sabah pada 30 Disember 2007, Timbalan Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak menjelaskan yang negara ini akan bankrap.

"sekiranya kerajaan menurunkan harga minyak yang kini melambung naik di pasaran dunia. "Najib menegaskan lagi," kedudukan ekonomi negara boleh terjejas teruk selain mengakibatkan progaram-program pembangunan rakyat terhalang sekiranya kerajaan bertindak meurunkan harga minyak sesuka hati."

Seterusnya PM Abdullah menegaskan yang kerajaan tetap menaikan harga minyak pada bila-bila masa sekiranya harga minyak dunia tidak menunjukkan penurunan yang memberangsangkan atas faktor "kerajaan terbeban."

Apakah PM Abdullah tahu menahu tentang apa yang diperkatakan oleh sidang wazir dan sidang wazir kanannya? Apakah PM Abdullah masih lagi sibuk dengan pencarian "Al-Shafie dan Al-Ghazali" sehingga terlepas dengar terhadap apa yang diperkatakan secara fakta oleh sidang wazirnya didalam mengabui rakyat?

Apa yang jelas, kenaikan harga minyak global tidak memberi impak kepada sidang wazir dan PM Abdullah. Ia hanya memberi impak kepada rakyat marhean yang selama ini telah dihipnoptik dengan silap mata retorika badut-badut PM Abdullah.

"Oil for food ?''

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.