Skip to main content

R24 propaganda kerajaan PM Abdullah?

Dengan slogan "sebenar, semasa" sudah tentu Radio 24 akan menyiarkan berita semasa yang tiada tandingan seandainya dibandingkan dengan mana-mana setesen radio yang ada di Malaysia. "sebenar, semasa" terus kepada pendengar, tepat dan cepat. Disamping menyiarkan berita semasa, Radio 24 tidak ketinggalan sebagaimana setesen-setesen radio lain; menjadi platform "ke udara" dalam membincang dan membahas isu dan hal ehwal semasa yang menyeluruh.

Apakah dan adakah Radio 24 merupakan satu siri propaganda kerajaan PM Abdullah untuk mengabui rakyat marhaen dengan sajian berita yang sudah ditapis secukup rasa dan secukup selera? Apakah Radio 24 benar-benar bebas dalam menyampaikan berita semasa kepada pendengar yakni rakyat marhaen tanpa campur tangan-tangan halimunan? Atau adakah berita yang disampaikan telah ditapis dan disadur secukup rasa, dan secukup selera terlebih dahulu agar pendengar tidak perlu peka pada isu dan hal ehwal semasa yang sensitif kepada sidang wazir PM Abdullah dan PM Abdullah sendiri?

Untuk mengakui bahawa Radio 24 wujud semata-mata menyampaikan berita semasa yang bertunjangkan kebenaran dan kejituan serta tuntas didalam membincang dan membahas sesuatu isu yang diketengahkan adalah terlalu awal. Berslogankan "sebenar, semasa," "cepat dan tepat," berita yang disampaikan Radio 24 sudah tentu menjadikan rakyat marhaen celik hal-ehwal semasa dan berpengetahuan disamping memperkasakan rakyat marhaen menjadi individu yang berpengetahuan dan bermaklumat. Rakyat yang bermaklumat dan berpengetahuan sudah tentu menguntungkan kerajaan dan negara dari sudut makro dan mikro. Ini adalah kerana pengetahuan dan maklumat merupakan intipati pembangunan modal insan yang amat penting.

Namun tiada gunanya seseorang individu itu atau dalam konteks yang luas "rakyat marhean" menjadi seseorang yang bermaklumat dan berpengetahuan jika pengetahuan dan maklumat yang diperoleh telah mengalami penapisan dan saduran yang terancang. Berita semasa yang akhirnya manjadi maklumat kepada pendengar yang telah mengalami proses penapisan dan penyaduran boleh dikalisifikasikan sebagai maklumat yang tidak tepat. Natijah maklumat yang tidak tepat sudah tentu membawa malapetaka ghaib kepada negara pada suatu masa nanti.

Radio 24 seandainya "apparatus" kerajaan PM Abdullah, bolehlah diklasifikasikan sebagai perisai penangkis untuk menghalang serangan "PENEMBAK TEPAT @ Komuniti Blogger" dari setiap penjuru yang tidak diketahui datangnya dari mana. Pencatur halimunan utama disamping badut-badut hingusan sudah tentu terdiri daripada "budak-budak tingkat 4" disamping "Yes Men" PM Abdullah sendiri. Mereka sentiasa bekerja secara "marathon" untuk mencari pelbagai ramuan dan rumusan yang paling layak, ampuh, dan ideal untuk dimaklumatkan kepada pendengar (Rakyat Marhean).

Misi dan visi adalah tidak lain dan tidak bukan untuk melahirkan lebih ramai pendengar yang sentiasa terikat secara teknikal kepada kerajaan yang dibawah pimpinan PM Abdullah agar PM Abdullah dapat menduduki kerusi "Panas" selepas PRU ke-12 nanti. Kejayaan PM Abdullah mengekalkan kerusi panas sudah tentu memberi pulangan yang cukup lumayan kepada pencatur utama, badut-badut hingusan dan para "Yes Man" serta menerima pingat dan darjah kebesaran GCT (Gemilang, Cemerlang, dan Terbilang).

"Ralat itu normal"

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.