Skip to main content

I ' m On The Video

Hey man look at me rockin ' out I ' m on the video - merupakan bait-bait lagu dalam album System of a Down, Mezmerize. Pengakuan seorang ahli kabinet kerajaan PM Abdullah 'I'm on the video' dalam adegan seks sekaligus mencemari dunia politik negara. Ini seterusnya membawa kepada gambaran negatif dikalangan rakyat marhaen dan pemimpin parti pembangkang terhadap pemimpin-pimimpin didalam kerajaan.

Sebelelum Dr Chua Soi Lek membuat pengakuan secara rasmi berhubung adegan seks yang 'dibintanginya', DAP, melalui setiausaha agungnya Lim Guan Eng telah mengeluarkan kenyataan melalui akhbar meminta PM Abdullah menyiasat video lucah dimana 'bintang' didalam klip video tersebut melibatkan seorang yang berkaitan dengan kerajaan PM Abdullah. Seterusnya Lim Guan Eng berkata penjelasan daripada PM Abdullah amat penting bagi mengelakkan kepimpinan BN dipandang remeh dan kotor.

Akhirnya Dr Chua Soi Lek sendiri tampil kehadapan tanpa segan silu membuat pengakuan bahawa "Sayalah orang di dalam video itu" walaupun PM Abdullah belum mengarahkan siasatan dijalankan. Pengakuan yang dibuat oleh Dr chua Soi Lek walaupun memberi impak negatif terhadap BN khasnya dan kerajaan PM Abdullah amnya perlu dilihat dari sudut yang membina iaitu 'berani buat berani tanggung'. Satu tabik hormat perlu diberikan kepada beliau kerana jujur mengaku kesilapan. Sikap Dr Chua Soi Lek ini harus diteladani dan dicontohi oleh kesemua sidang wazir PM Abdullah dan pemimpin parti pembangkang yang membuat salah laku agar jujur mengaku kesilapan; rasuah, nepotisme, dan kronisme.

Saranan Prof Emeritus Dr Khoo Kay Kim supaya Dr Chua Soi Lek meletakkan jawatan samada jawatan dalam kabinet mahupun parti adalah wajar dan sebagai jalan yang terbaik. Ini penting untuk menjaga intergriti dan kredibiliti kerajaan disamping menguatkan dan mengukuhkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan. Dr Chua Soi Lek akhirnya meletakkan kesemua jawatan yang dijawatnya.

Walaubagaimana pun Dr Chua Soi Lek menganggap kejatuhannya sebagai Menteri dalam kabinet PM Abdullah dan Timbalan Presiden MCA adalah disebabkan oleh sikap beliau yang memberi komitmen sepenuhnya terhadap tugas sebagai menteri dan ahli politik yang mengakibatkan wujud rasa cemburu dikalangan pihak-pihak yang memusuhi beliau.

Seandainya skandal seks Dr Chua Soi Lek tidak didedahkan apakah mungkin rakyat marhean tidak mengetahui hidup kabut beliau? Apa mungkin terdapat lagi ramai kalangan sidang wazir PM Abdullah yang jaguh 'musang berbulu ayam' di luar sana.

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.