Skip to main content

Parti Mahasiswa Negara (PMN)

Tidak dapat dinafikan dan akan menjadi hakikat iaitu akan wujudnya parti-parti politik yang baru pada masa akan datang. Kewujudan parti-pati politik baru ini sudah tentu akan merancakkan lagi arena politik tanah air disamping seiring dengan kebebasan berpolitik di tanah air. Namun demikian tiada gunanya kewujudan beberapa parti politik baru jika nasib rakyat marhaean masih lagi didalam keadaan yang sama. Apatah lagi parti politik pemerintah gagal memenuhi aspirasi rakayat marhaen inikan pula parti-parti politik baru atau "parti cendawan tumbuh" yang akhirnya sama ada menjadi parti politik komponen parti pemerintah, pembangkang, bebas atau hanya menjadi terbubar.

Setakat ini bilangan parti-parti politik tanah air berjumlah 18 parti politik yang terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kumpulan Barisan Nasional (BN) yang merangkumi 14 parti dan Pembangkang yang merangkumi 4 parti.

Mungkin hanya segelintir mengetahui bahawa parti politik baru akan lahir sebelum Parlimen dibubarkan. Parti politik baru ini ialah Parti Mahasiswa Negara (PMN). Parti baru ini kini dalam proses pelahiran itupun jika tidak mendapat halangan dan tekanan daripada mana-mana pihak terutamanya pihak kerajaan PM Abdullah. Apa yang menakjubkan ialah parti baru ini sama sekali tidak mahu bekerjasama dengan mana-mana pihak sama ada parti komponen Barisan Nasional mahupun parti pembangkang, atas alasan kedua-dua kumpulan parti tersebut didapati melakukan banyak penyelewengan, disamping mendakwa memiliki sumber kewangan yang mencukupi untuk turut bertanding atas tiket bebas pada pilihan raya umum (PRU12) yang akan datang.

Penubuhan Parti Mahasiswa Negara secara tidak langsung akan mewujudkan suasana rancak didalam arena politik negara. Namun demikian kerancakan berpolitik tiada gunanya jika rakyat marhaen menjadi mangsa yakni miskin, terpinggir, dan mundur. Aktor-aktor politik atau "animal politics" pula yang mendapat kesenangan dan kemewahan yang melimpah-ruah walaupun dapat menduduki kerusi empuk kuasa selama sepenggal atau lebih daripda sepenggal.

Seandainya Parti Mahasiswa Negara benar-benar tulus dan ikhlas pada agendanya iaitu membela rakyat marhaen disamping membasmi penyelewengan, maka Parti Mahasiswa Negara perlu benar-benar mencapai visi dan misi politiknya.

Alangkah baiknya jika ahli-ahlinya dapat menganggotai parti yang memerintah sekarang ini yakni Barisan Nasional (BN) dan Umno. Golongan "mahasiswa" ini boleh memainkan peranan serta menggantikan tempat-tempat animal politics yang berakal kosong dan tidak layak menjadi politikus yang diibaratkan seperti "politukus putus asa." Jika Parti Mahasiswa Negara bertegas untuk berjuang diatas kaki sendiri maka wujudlah situasi "Melayu lawan Melayu" sebagaimana yang diwacanakan oleh Datuk Ruhannie Ahmad pada suatu ketika dulu.

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.