Skip to main content

Kata putus

Walaupun bahang Pilihan Raya Umum yang ke-12 sudah menunjukkan bahanannya tetapi masih lagi tidak diketahui bila agaknya pilahan raya diadakan. Sehingga saat ini tiada mana- mana pihak yang boleh menentukan bila tarikh pilhan raya. PM Abdullah masih lagi membisu seribu bahasa kerana belum mendapat "ilham." Pada masa yang sama wazir-wazir PM Abdullah sibuk mengilang "buih mulut" agar spekulasi pilihan raya dihentikan.

PM Abdullah sememangnya orang yang bertanggungjawab dalam menentukan setiap kata putus terutmanya hal-hal yang berkaitan dengan negara. Walaupun pada asasnya PM Abdullah membuat keputusan berdasarkan konsensus tetapi keputusan tetap ditangannya dan dinamakan sebagai keputusan kerajaan. Sewaktu Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri ramai sidang wazir yang kini sudah menjadi sidang wazir PM Abdullah tidak gemar dengan kaedah "kata putus"nya. Mungkin ini kerana Tun Dr Mahathir mempunyai setiap jawaban kepada setiap masalah atau persoalan yang timbul dan menyebabkan mereka terpaksa "kunci mulut" dan "menurut" setiap kata yang telah diputuskan. Maka tidak hairanlah seorang tokoh politik pembangkang, Lim Kit siang mengatakan menteri zaman PM Mahathir menteri "rubber stamp." Namun cara dan kaedah membuat keputusan kerajaan mulai berubah apabila Abdullah Ahmad Badawi menjadi orang "No 1" negara. Dalam memutuskan sesuatu perkara PM Abdullah lebih gemar kaedah berbincang secara konsensus dengan para sidang wazir. Maka tidak hairanlah masa yang digunakan untuk membuat keputusan kerajaan mengambil masa yang agak lama - "biar lambat asalkan selamat."

Sehingga kini PM Abdullah masih lagi menegaskan secara jujur dan ikhlas yang dia belum lagi mendapat "ilham" dalam menentukan tarikh pilihan raya. Sedang spekulasi meroket dan pelbagai andaian dibuat oleh pihak-pihak yang tidak bertangungjawab; pada pandangan kerajaan PM Abdullah, muncul seorang wazir PM Abdullah yang bernama Shahrizat Abdul Jalil dengan mantera" hanya Allah dan Presiden Umno yang menentukan" (tarikh pilihan raya), (Utusan Malaysia, 14 Januari 2008) apabila mengulas tentang tarikh pilihan raya.

Agak memeranjatkan bagaimana Dato' Seri Shahrizat boleh berkata "hanya Allah dan Presiden Umno yang menentukan." Apa yang diperkatakan oleh Dato' Seri Shahrizat ini boleh dianggap sebagai satu "penyamaan atau menyamakan penentu keputusan" tarikh pilihan raya. Apakah Dato' Seri Shahrizat tidak berfikir sebelum memberi kenyataan? Bagaimana kalau dengan kehendak Allah PM Abdullah "mati otak"? Apakah PM Abdullah boleh berfikir secara normal dan menentukan tarikh pilihan raya? Apakah Dato' Seri Shahrizat terlupa atau terlepas erti, maksud, dan makna akan" manusia hanya mampu merancang Allah yang menentukan?"

Apa yang boleh diperkatakan ialah PM Abdullah masih lagi dengan pencarian ilham untuk menentukan bila tarikh pilihan raya umum yang ke-12. Walaupun PM Abdullah mempunyai seorang ahli "Oxford" yang bergelar "anak muda keris berjulung" untuk membantunya mencanai pendapat dan pandangan, PM Abdullah masih lagi dengan nada yang sama. Apa mungkin tercatat didalam lembaran sejarah pilihan raya negara suatu masa nanti "penggal pemerintahan PM Abdullah terlebih hari daripada hari yang sepatutnya."

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.