Skip to main content

Adakah kerajaan selama ini terbeban?

Apakah selama ini kerajaan sentiasa dibebani oleh pelbagai masalah yang tidak putus-putus menerjah ? Apakah kerajaan kini yang dibawah pimpinan elitis Umno/BN terutamanya PM Abdullah bosan dengan karenah rakyat marhean dan ia menjadi masalah kepada kerajaan? "Apa lagi yang rakyat nak?" merupakan keluhan PM Abdullah yang menjadi "headline" dimuka akhbar tidak lama dulu.

Berdasarkan persoalan ini, sudah jelas kerajaan yang menjadi pilihan rakyat untuk membela nasib rakyat kini dilanda badai masalah bebabanan. Terdapat lagi pelbagai bebanan yang sentiasa melanda kerajaan antaranya ialah;

Pada 23 november 2007, Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu menyatakan yang kerajaan terpaksa membayar pampasan berjumlah RM380 juta kepada syarikat konsesi lebuh raya jika kadar tol tidak dinaikkan pada tahun hadapan.

Pada 23 Nonember 2007 Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapha Mohamed menyatakan yang kajian lebih terperinci adalah perlu kerana langkah memansuhkan caj pentadbiran Skim Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) akan Meningkatkan lagi perbelanjaan mengurus kerajaan.

Apa mungkin kerajaan terpaksa menaikkan kadar tol pada tahun hadapan ekoran daripada ketidaktentutan harga minyak dunia yang sentiasa berubah-ubah (harga minyak dunia susut 0.31 sen dari harga US$97, setakat 23 nov 2007).

Apa mungkin kerajaan terpaksa mengenakan caj pentadbiran Skim Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN). Oleh yang demikian setiap apa kemungkinan ini harus dinilai dari sudut tunggu dan lihat.

Sekiranya kerjaan dibebankan dengan hal-hal sedemikian maka kerajaan sekarang ini perlu meletakjawatan sebagai jaguh rakyat dan memberikan jawatan "kerajaan" kepada yang layak membela nasib rakyat.

Agak menghairankan juga bagaimana golongan elitis kerajaan (Umno/BN) mampu turun padang melihat dan menikmati keindahan musim panas, musim sejuk, musim bunga dan musim luruh di beberapa tempat peranginan dunia seperti yang terdapat di "benua kangaroo" tetapi tidak merasa "beban" walau sesaat pun.

Agak menghairankan juga bagaimana golongan elitis kerajaan (Umno/BN) mampu memiliki aset berjuta-juta, hidup mewah disamping kilauan material, dan mampu mengahantar anak kesayangan menuntut ilmu di luar negara tetapi tidak merasa "beban" walau sesaat pun.

Pada asasnya mahupun secara teori atas kertas golongan elitis kerajaan (Umno/BN) tidak akan " dipotong gaji" sekiranya kerajaan dibebani dengan bebanan. Bukankah kewangan kerajaan berada dalam keadaan baik selepas Dr. Mahathir mengundurkan diri? Bukankah kerajaan memperoleh hasil berlipat ganda melalui cukai dan bukan cukai yang bernilai berjuta-juta ringgit?

Kerajaan septutnya tidak merasa terbeban dengan hal-hal yang berkaitan dengan rakyat. Ini kerana sudah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk meringankan beban rakyat.

"Daripada rakyat, kepada rakyat, dan untuk rakyat."

- Abraham Lincoln

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.