Skip to main content

Kritik kerajaan boleh, anti jangan.

Kerajaan yang sedang berkuasa sekarang ini merupakan kerajaan yang dipilih secara langsung oleh rakyat melalui percaturan demokrasi yang adil dan saksama mahupun sebaliknya. Seburuk manapun kerajaan sekarang ini namun janganlah wujud semacam perasaan anti akan kerajaan dikalangan kita yang bergelar rakyat marhaen. Ibarat pepatah "jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga" - tidak semua penjawat elit kerajaan yang berteraskan Umno/BN adalah muncikari barua dan pengkhianat bangsa tetapi ada juga segelintir yang jujur didalam menjalankan amanah dan mandat rakyat marhean. Itupun boleh dihitung satu persatu.

Mengkritik kerajaan sememangnya amatlah perlu kerana itu merupakan hak kita sebagai rakyat marhean yang inginkan adil dan sakasama. Sekiranya kerajaan tidak boleh dikritik oleh rakyat sudah tentu kerajaan akan menjadi kabur untuk melihat kepincangannya. Didalam perhimpunan Dewan Rakyat umpamanya, kerajaan selalu dikritik oleh pihak pembangkang dan sudah tentu setiap kritikan yang dilontar oleh pihak pembangkang akan diambil kira oleh kerajaan sebagai pemacu kepada pemantapan dan tidak terus berada didalam kepincangan.

Kritikan yang dilontarkan terhadap kerajaan haruslah berpaksi kepada asas-asas yang kukuh, logik dan diterima akal, rasional serta bersifat wacana yang membina. Dalam masa yang sama kritikan yang dilontarkan haruslah melalui saluran atau sekuen yang betul dan bukannya melalui pelahiran emosional yang akhirnya mencetuskan kekacauan. Sekiranya kritikan yang dilontarkan itu mempunyai asas-asas yang kukuh sudah tentu kerajaan bersedia untuk "muhasabah" dan mencari pendekatan penyelesaian untuk mencapai situasi "menang-menang" antara rakyat dan kerajaan.

Seandainya wujud semacam perasaan anti terhadap kerajaan dikalangan rakyat sudah tentu setiap apa yang rakyat kecapi pada hari ini akan hilang dalam sekelip mata. Untuk membina keamanan dan kedamaian masa yang diambil begitu lama dan adakalanya terpaksa melalui cara kekerasan. Akan tetapi, untuk menghancurkan keamanan dan kedamaian, masa yang diperlukan hanyalah sekelip mata. Lihatlah dibeberapa buah negara yang dimana rakyatnya yang anti kepada kerajaan tidak dapat mengecapi rasa aman dan damai walau sesaat pun dimana rakyatnya tidak dapat hidup sebagaimana layaknya mereka yang bergelar rakyat.

Jika jelas kerajaan yang dipilih itu gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawab terhadap rakyat maka rakyat perlu memilih kerajaan yang benar-benar bertanggungjawab akan nasib rakyat semasa PRU yang akan datang.

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.