Skip to main content

Penyapu

Penyapu amat sinonim dengan penjagaan kebersihan. Penyapu, walaupun dunia telah mencapai tingkat kemajuaan yang tinggi tetapi masih lagi diperlukan. Tidak kiralah apa jua bentuk dan jenis penyapu itu sekalipun, apa yang penting penyapu masih lagi diperlukan walaupun taraf penyapu bertaraf hina.

Baru-baru ini Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr. Mohd Khir Toyo telah mencipta suasana kontroversi apabila menganugerahkan tropi kecemerlangan berupa "penyapu" kepada YDP Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS). Penganugerahan penyapu sebagai hadiah kecemerlangan telah mendapat liputan meluas di seluruh Malaysia mungkin juga dunia. Pada masa yang sama wujud rasa puas hati dan rasa tidak puas hati dikalangan mereka yang perihatin. Seterusnya wujud pelbagai pendapat dan andaian diberikan oleh masyarakat umum, penjawat awam, aktor- aktor politik, golongan profesional, Dewan Rakyat, Menteri, dan Perdana Menteri.

Apa yang memeranjatkan ialah andaian negatif yang diberikan adalah bertaraf andaian pemikir kolot dimana mengandaikan penyapu sebagai "membawa sial." Malaysia, walaupun keseluruhan rakyatnya dapat digolongkan sebagai boleh membaca dan berfikir serta berpengetahuan tetapi masih ada lagi yang dihantui dengan pemikiran kolot. Ini terbukti dengan kontroversi penganugerahan penyapu yang berlaku baru-baru ini.

Amat menghairankan mengapa dizaman yang serba canggih ini set minda masyarakat kita masih lagi berset kolot. Sekiranya penyapu jelas membawa sial kepada pemiliknya sudah tentu sang pemilik penyapu tidak dapat mengecapi kejayaan didalam hidup. Tetapi bagaimana dengan mereka-mereka yang bergelar jutawan, penjawat jawatan elit dalam kerajaan dan sebagainya tidak "sial" apabila memiliki penyapu? Sedangkan mereka mempunyai penyapu serta menggunakan penyapu untuk membersih sama ada penyapu moden (penyedut hempegas) atau penyapu tradisional (lidi dan lain-lain). Mungkin agak keterlaluan dikatakan bagi mereka yang menganggap penyapu membawa sial- rumah tidak pernah bersapu kerana penyapu membawa sial kepada mereka.

Tindakan Menteri Besar Selangor yang menganugerahkan penyapu harus dipandang dari sudut yang membina. Ini penting sebagai langkah mengubah set minda daripada set takuk lama kepada set minda acuan moden yang berlandaskan acuan set minda Islam. Tiada gunanya jika negara kita mencapai kemajuan tetapi pemikiran rakyatnya masih lagi ketinggalan zaman.

"Lihat dunia dari mata burung bukan dari mata tempurung"

- M. Nasir

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.