Skip to main content

Disebalik 30%

Pengangguran merupakan bahana yang mulai menunjukkan bahangnya. Ia tidak boleh dielak walaupun negara kita memiliki keupyaan ekonomi yang memberangsangkan. Pengangguran diibaratkan seperti "kanser" yang akhirnya melumpuhkan segala unit-unit rantaian struktur makro dan mikro ekonomi negara kita.

Agak keterlaluan jika dikatakan bahawa pemerintah amat takut kepada pengangguran. Setiap detik menjadi emas kepada seluruh ahli dan pemikir ekonomi yang bertuankan pemerintah. Mereka sentiasa mengerah kudrat akal dan intuisi hati agar petunjuk-petunjuk ekonomi sentiasa berada dalam keadaan positif dan menyenangkan hati agar gaji para pemimpin sentiasa berada dalam angka yang banyak.

Isu pengangguran sering diperbincangkan dalam pelbagai medium serta pelbagai pendekatan diambil dan dilaksanakan agar pengangguran dapat diatasi. Tidak ketinggalan juga pihak media membuat responden awam melalui saluran perdana yang berundikan "SMS." Namun isu pengangguran masih lagi hangat dan bahangnya semakin menyala. Andaikan isu ini terus berlarutan adakah pada tahun 2020 atau 2057 nanti orang Melayu akan tersingkir daripada percaturan ekonomi yang akhirnya orang Melayu hanya menjadi petani dan nelayan yang naik taraf atau pemakan gaji.

Perlu diingatkan bahawa orang Melayu tidak boleh menyalahkan kaum lain atau pendatang sebagai penyebab kepada pengangguran orang Melayu. Isu pengangguran sebenarnya bukan isu negara tetapi isu orang Melayu. Ini memang wajar kerana peratusan orang Melayu di tanah airnya sendiri tidaklah melebihi daripada 50%. Orang Melayu perlu bermuhasabah diri dan bertekad untuk mempertingkatkan keupayaan diri.

Kerajaan pimpinan PM Abdullah masih lagi menetapkan 30% sebagai sasaran untuk orang Melayu memiliki pegangan dalam ekonomi di tanah air sendiri menjelang tahun 2020. Jika difikir secara rasional 30% tidak sesuai dijadikan sasaran untuk orang Melayu kerana orang Melayu merupakan tuan di tanahnya sendiri. Bukankah PM Abdulallah arkitek Islam Hadhari? Adakah PM Abdullah faham perkataan Hadhari? Andainya PM Abdullah tidak faham apa maksud Hadhari wajarlah dia menetapkan 30% sebagai sasaran yang membanggakan orang Melayu. Jika PM Abdullah tahu dan faham maksud Hadhari maka dia perlu meletakkan 50% atau 70% sebagai sasaran yang harus dan perlu dicapai agar orang Melayu terus hidup didalam percaturan ekonomi yang serba mencabar.

Mana-mana pemimpin negara di dunia yang menggelar negaranya maju tidak pernah menetapkan 30% atau kurang daripada 50% sebagai sasaran pegangan dalam ekonomi. Ini adalah kerana 30% tidak akan membawa apa-apa. 30% bermakna penglibatan "tuan-tanah" dalam sektor ekonomi tidaklah seberapa dan ini akhirnya menyebabkan tuan-tanah menjadi "mantan tuan-tanah." Hal sebegini sudah banyak tercatit didalam lembaran sejarah dan akhirnya menjadi debu sejarah. Pada 29 oktober 2007 hari yang gemilang, cemerlang, dan terbilang PM Abdullah telah melancarkan ACER dan membuat kenyataan yang dia membela nasib orang Melayu melalui ACER. Syabas diucapkan kepada PM Abdullah jika nasib orang Melayu terbela melalui agenda ACER-nya ini sekali gus riwayat pengangguran dan sindrom makan gaji di kalangan Orang Melayu dapat ditamatkan. Andainya nasib orang Melayu tidak terbela melalui agenda ACER-nya, sudah tentu "berdosalah saya" (Pengakuan PM Abdullah sewaktu diwawancara oleh wartawan Berita Harian)

Sebagai tuan-tanah bukanya mantan tuan-tanah orang Melayu perlu menguasai sekurang- kurangnya 50% pegangan dalam sektor ekonomi. Andainya dan sekiranya orang Melayu menguasai 50% atau 70% sudah tentu orang Melayu tidak lagi berstatus pemakan gaji atau penganggur kelas 1. Disamping itu juga orang Melayu dapat saling bantu-membantu untuk menstruktur taraf hidup sesama sendiri kearah yang lebih baik dan terbaik. Dalam masa yang sama juga ekonomi negara akan bertambah makmur dan tidak berlaku sekali lagi peristiwa berdarah 13 Mei.

Hari demi hari orang Melayu hilang satu persatu apa yang telah diwarisi daripada nenek- moyangnya. Kini orang Melayu hanya ada kuasa yang tidak seberapa itupun mengalami proses penghakisan. Entah apa akan jadi kepada nasib orang Melayu pada abad ke-31 kelak. Mana mungkin nasib orang Melayu sama seperti nasib kaum pribumi asli di Amerika, Australia dan jika tidak pun seperti nasib orang Melayu Singapura.

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.