Skip to main content

Dato' Seri Anwar dan "sumpah laknat"

Mangsa liwat (sebagaimana yang didakwa) Dato’ Seri Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan sudah pun mengangkat sumpah laknat di Masjid wilayah Persekutuan disaksikan oleh imam masjid tersebut dan ayah Mohd saiful sendiri, media, dan umum. Tindakan Mohd Saiful mengangkat sumpah sedikit sebanyak meyakinkan pelbagai pihak terutamanya rakyat akan kebenaran dakwaannya terhadap Penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR). Manakala Dato’ Seri Anwar masih lagi bersikap “keras kepala” dan enggan mengangkat sumpah sebagaimana yang dilakukan oleh mangsa liwatnya (sebagaimana yang didakwa).


Sekiranya Dato’ Seri Anwar mengangkat sumpah laknat, adakah “sumpah laknat” itu akan memberi "token" kepada musuh-musuh politiknya terutamanya yang berada di kem kerajaan PM Abdullah? Atau adakah Dato’ Seri Anwar enggan mengangkat sumpah kerana takut “dimakan” sumpah laknat kerana dia ialah dan adalah peliwat?

Dato’ Seri Anwar adalah seorang politicus yang cukup berpengalaman dan dikenali oleh dunia sejak bertahun-tahun lamanya. Mempunyai hubungan akrab dengan pemimpin-pemimpin dunia terutamanya pemimpin-pemimpin di benua Eropah dan di negara Uncle Sam. Sejak dakwaan kes liwat pertamanya pada tahun 1998, pemimpin-pemimpin dunia seperti Joseph Estrada (bekas Presiden Filipina), Bacharuddin Jusuf Habibie (bekas Presiden Indonesia), dan Bill Clinton (bekas Presiden Amerika Syarikat) melahirkan simpati yang teramat terhadap Dato’ Seri Anwar. Pada tahun ini yakni tahun 2008, dakwaan kes liwat terhadap Dato’ Seri Anwar “berdarah” kembali dan menjadi “siulan” politik Malaysia selepas peristiwa 8 Mac 2008.

Dato’ Seri Anwar menegaskan yang dia enggan mengangkat sumpah laknat kerana mengelakkan faktor manipulasi oleh pihak-pihak tertentu terutamanya musuh-musuh politiknya sama ada yang berada di dalam parti memerintah atau di dalam parti pembangkang. Keengganan Dato" Seri Anwar mengangkat sumpah pasti mengundang persepsi terutamanya dari rakyat.

Keengganan Dato’ Seri Anwar mengangkat sumpah laknat sebagaimana yang dilakukan oleh Mohd. Saiful mendatangkan persepsi jelik rakyat terhadap dirinya. Walaupun Dato’ Seri Anwar yakin bahawa “rakyat adalah hakim” dan yang menentukan “keadilan,” tetapi dia tidak mencuba memberi kepercayaan kepada rakyat menghakimi dan mengadili pertuduhan dan dakwaan ke atas dirinya yakni meliwat bekas pembantu peribadinya pada 26 Jun 2008. Seandainya Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah laknat sebagaimana yang dilakukan oleh Mohd. Saiful, persepsi musuh-musuh politiknya dan rakyat terutamanya akan bersifat positif dan menganggap kes liwat sebagai "sampah politik" yang sering dipolemikkan oleh pihak-pihak tertentu.

Apa yang Dato" Seri Anwar Ibrahim perlu lakukan untuk membersihkan namanya dari tuduhan dan dakwaan liwat ialah dengan cara bersumpah laknat sebgaimana yang dilakukan oleh bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Seandainya Dato" Seri Anwar Ibrahim masih lagi dengan "tabiat pengelakkan" maka selagi itulah musuh-musuh politiknya sama ada dari dalam parti mahupun di luar parti akan mengeksploitasi dan memanipulasi dakwaan kes liwatnya dalam masa dua tahun ini dan menggagalkan hasratnya menjadi Perdana Menteri selepas Abdullah Ahmad Badawi berundur.

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.