Skip to main content

Utusan Malaysia perlu ada di setiap rumah?

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, ia (Utusan Malaysia perlua ada di setiap rumah) penting bagi meningkatkan tahap pemikiran, mencetuskan idea-idea baru serta mengikuti perkembangan semasa di dalam dan luar negara melalui tabiat membaca.

''Pada waktu ini, terdapat kecenderungan orang Melayu yang hanya berminat membaca sumber bacaan ringan dan ini suatu petanda yang tidak positif. ''Saya cadangkan supaya setiap keluarga membekalkan bahan bacaan berkualiti dan akhbar arus perdana untuk dibaca ahli keluarga masing-masing bagi mengatasi masalah itu".

- Utusan Malaysia 06/08/2008.


Dengan merujuk akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh 06/08/2008 dengan tajuk berita "Utusan Malaysia perlu ada di setiap rumah-MB" pasti golongan yang tidak terindoktrinasi mindanya terutama golongan "atas pagar" akan tertanya-tanya apakah hanya Utusan Malaysia sahaja perlu ada di setiap rumah? Bagaimana dengan akhbar-akhbar lain yang menggunakan bahasa vernakular yakni bahasa Melayu seperti Berita Harian?

Sewaktu Utusan Malaysia masih dengan nama Utusan Melayu, akhbar ini sering menjadi tatapan pembaca terutama orang Melayu kerana akhbar ini adalah akhbar yang menyuarakan suara-suara orang Melayu. Setelah bertukar nama kepada Utusan Malaysia, adakah ia masih lagi berkesinambungan dengan "menyuarakan suara-suara orang Melayu" atau "lidah Melayu?" Adakah setiap wacana yang dipaparkan didalam ruangan Utusan Malaysia benar-benar jitu, tuntas, dan mempunyai nilai ilmiah serta tidak dikawal secara senyap oleh kerajaan yang memerintah terutamanya wacana yang analitikal dan kritikal? Adakah Utusan Malaysia benar-benar bebas sebebas kebebasan bersuara?

Utusan Malaysia sememangnya mempunyai nilai ilmiah yang boleh dikira "bagus" serta bersandarkan fakta. Namun terkadang nilai ilmiah dan fakta yang diwacanakan condong kepada kerajaan yang memerintah yakni kerajaan PM Abdullah. Utusan Malaysia sememangnya selaras dengan apa yang dikehendaki oleh pembaca yakni kebebasan bersuara termasuklah kebebasan bersuara melalui akhbar, namun adakalanya Utusan Malaysia terikat dengan Akta Penerbitan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan yang memerintah sehingga mengkritik kerajaan PM Abdullah disamakan dengan meng-anti kerajaan PM Abdullah yang lemah dan tidak berupaya.

Seandainya seorang rakyat ingin menyuarakan pendapat yang bernas tentang "bagaimana Perdana Menteri harus mentadbir negara?" dan pada masa yang sama "menuyinggung" hati dan perasaan kerajaan yang memerintah, maka pendapatnya tidak akan diwacanakan didalam akhbar kerana ketua pengarang akhbar sedia maklum dengan Akta Penerbitan Akhbar. Ketua pengarang akhbar terutamanya akhbar-akhbar seperti Utusan Malaysia dan Berita harian yang berada dibawah telunjuk kerajaan yang memerintah sememangnya sudah di"sekolah"kan terlebih dahulu tentang apa yang boleh dan apa yang tidak boleh didalam penerbitan akhbar.

Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman menyarankan Utusan Malaysia perlu ada di setiap rumah untuk memastikan rakyat yakni pembaca supaya membaca sesuatu wacana yang mempunyai nilai intelektual yang boleh meningkatkan tahap pemikiran, mencetus idea-idea baru, dan peka kepada isu dan perkembangan semasa. Saranan itu satu saranan yang baik namun sikap pembaca terutamanya orang Melayu yang cenderung membaca wacana kelas "sampah" adalah disebabkan kegagalan sistem pelajaran dan pendidikan di Malaysia. Malaysia melaksanakan sistem pelajaran dan pendidikan yang berasaskan sistem pendidikan British tetapi malangnya rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu tidak berfikir dan tidak berset-minda seperti orang British walaupun untuk kebaikan dan faedah diri.

Media samada cetak mahupun elektronik penerbitannya adalah dibawah tanggungjawab kerajaan yang memerintah melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN). Kementerian Dalam Negeri sepatutnya sedar bahawa bahan-bahan bacaan kelas sampah seperti majalah hiburan yang melalaikan, majalah kesihatan yang berunsur lucah dan sebagainya dibenarkan penerbitannya dibawah Akta Penerbitan. Lihatlah majalah "Remaja" yang menjadi kegilaan remaja, isi kandungan, dan gaya bahasanya tidak menepati apa yang diperlukan oleh jiwa orang Melayu terutamanya golongan muda-mudi Melayu. Majalah sebeginilah yang menghakis keMelayuan muda-mudi Melayu. Apakah kerajaan, Menteri yang bertanggungjawab terlepas pandang atau tidak pandai buat kerja?

Kurangnya orang Melayu membaca wacana yang berbentuk ilmiah bukanlah disebabkan oleh bahan bacaan ringan semata-mata tetapi disebabkan oleh program-program realiti TV seperti program realiti Akademi Fantasia dan Malaysian Idol. Program-program realiti TV sebeginilah yang menjauhkan orang Melayu daripada membaca bahan bacaan yang berat, kritis, analisis. Namun penerbitan program-program realiti TV tidak dihalang penerbitannya malah dialu-alukan, sedangkan wacana Malaysia Today yang boleh meningkatkan tahap minda pembaca ke tahap intellectualist di tekan dan seringkali disabitkan dengan pelanggaran Akta Penerbitan. Apakah wujud "pakatan" kerajaan yang memerintah dengan pihak kapitalis di belakang layar perak sehingga penerbitan program realiti TV tidak bercanggahan dengan Akta Penerbitan?

Sesuatu yang menarik tentang akhbar-akhbar di Malaysia ialah bahan-bahan wacana yang berunsurkan tahyul, syirik, berita panas artis dan menghentam politicus pembangkang dan blogger seperti Raja Petra Raja Kamaruddin sering mendapat ruang didalam akhbar-akhbar utama (yang berada dibawah telunjuk kerajaan yang memerintah). Sedangkan wacana-wacana yang tidak sehati dan sekata dengan kerajaan yang memerintah tidak diberi ruang walaupun bermotifkan kemaslahatan agama, bangsa,dan negara. Kalau ada sekalipun ia akan diedit semula dengan mengikut kemahuan cita rasa kerajaan dan akhiran wacana disimpulkan dengan "kerajaan perihatin dengan masalah rakyat."

Akhbar-akhbar di Malaysia terutamanya akhbar-akhabr utama seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian tidak lagi berperanan sebagaimana layaknya kebebasan hak yang harus ada pada akhbar. Tidak seperti akhbar era "Kaum Muda" dan "Kaum Tua" yang bebas tanpa kongkongan tangan pemerintah walaupun pemerintah (pada ketika itu) sebengis singa baginda Ratu Elizabeth II.

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.