Skip to main content

Peralihan kuasa Perdana Menteri

Peralihan kuasa kepimpinan negara di antara PM Abdullah dengan TPM Najib Razak dijangka akan berlaku pada pertengahan tahun 2010. Namun adakah peralihan kuasa diantara PM Abdullah dengan TPM Najib Razak dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang halangan “politik?” Atau apakah akan berlaku satu perkara yang di luar jangkaan yang tidak disangka-sangka oleh ramai pihak?


Secara peraktiknya, peralihan kuasa kepimpinan negara akan hanya melibatkan Perdana Menteri dengan Timbalan Perdana Menteri kerana merekalah yang memiliki kuasa politik walaupun Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sering dianggap sebagai “Kerusi No 1” dan “Kerusi No 2.” Namun daripada sudut pandang teori politik, sesiapa sahaja boleh menjadi Perdana Menteri walaupun seseorang itu bukan pemegang jawatan Timbalan Perdana Menteri asalkan mendapat kepercayaan mutlak dari segenap sudut institusi Negara.

Ini boleh berlaku di mana-mana negara yang mengamalkan sistem raja berpelembagaan seperti Malaysia. Yang Di-Pertuan Agong walaupun melaksanakan bidang kuasa dengan berpandukan Perlembagaan Persekutuan, namun Yang Di-Pertuan Agong mempunyai hak mutlak untuk melantik sesiapa sahaja menjadi Perdana Menteri asalkan sesorang itu layak. Orang yang dilantik itu tidak semestinya daripada kalangan pemimpin-pemimpin kanan yang ada didalam parti yang memerintah yakni Umno/BN.

Perletakan jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dilihat sebagai satu percubaan untuk memberi laluan “ke Parlimen” kepada penasihat de facto PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Ini sudah semestinya mengundang perasaan cemas dikalangan pemimpin-pemimpin kanan dan golongan opportunist yang ada didalam Umno/BN.

Seandainya penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato’ Seri Anwar Ibrahim, memenangi Pilihan Raya Kecil Parlimen kawasan Permatang Pauh yang telah dikosongkan oleh Datin Seri Dr. Wan Azizah, maka Dato’ Seri Anwar Ibrahim sudah mencapai satu kejayaan. Kejayaan ini pastinya akan mengukuhkan kudrat Ahli-ahli Parlimen parti pembangkang di Dewan Rakyat. Pada masa yang sama situasi di Dewan Rakyat kemungkinan akan bertambah rancak kerana “buku mula bertemu dengan ruas.”

Jika Dato’ Seri Anwar Ibrahim mampu dan berjaya mengukuhkan kekuatan Parti Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim kemungkinan boleh melebarkan sayap pengaruhnya dan berupaya menarik minat “politik” kalangan Ahli-ahli Parlimen tajaan parti pemerintah yakni Umno/BN lompat parti atau menyertai parti pembangkang. Pada masa yang sama, parti-parti kompenan BN yang berteraskan Umno kini sudah tidak sehati-sejiwa dan seia-sekata dengan pendirian politik masing-masing. Keadaan bertambah parah apabila pergolakan didalam Umno kini sedang rancak. Seterusnya Presiden Umno merangkap Pnegurusi BN sering mendapat usul tidak percaya daripada parti-parti komponen BN seperti SAPP. Dalam keadaan situasi sebegini, Dato’ Seri Anwar Ibrahim kemungkinan akan memperlihatkan “magis politiknya.”

Kejayaan Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh disamping menjadi Ketua Parti Pembangkang di Dewan Rakyat pasti akan menimbulkan tanda tanya akan peralihan kuasa. Dato’ Seri Anwar Ibrahim nampaknya benar-benar ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 walaupun sering diejek dan dicemuh oleh mulut-mulut celupar politik. Hasrat Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri pasti akan termakbul sekiranya dia mampu mengukuhkan kedudukan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan parti-parti pembangkang lain yang bernauang dibawah satu payung iaitu “Pakatan Rakyat.” Pakatan Rakyat juga sudah dilihat mencapai separuh kejayaan menguasai kerusi di Parlimen apabila menyerlah pada masa Pilihan Raya Umum 12. Pertambahan bilangan jumlah kerusi Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di Parlimen samada melebihi atau sama dengan bilangan jumlah kerusi Ahli Parlimen sudah mampu menggugat kekuatan parti pemerintah yakni Umno/BN.

Dato’ Seri Najib Razak pastinya akan berhadapan dengan seribu satu “masalah politik” sekiranya Dato’ Seri Anwar Ibrahim berjaya mengukuhkan cengkaman Pakatan Rakyat disamping memperoleh 2/3 majoriti keyakinan terhadapnya. Dalam keadaan sebegini apa-apa sahaja boleh berlaku dan adakalanya pemerhati dan penganilisis politik tersohor tidak mampu membuat andaian yang tepat malah tersasar.

Secara teori mahupun teknikal, sekiranya Dato’ Seri Anwar Ibrahim memperoleh suara 2/3 atau berjaya memujuk Ahli-ahli Parlimen parti memerintah lompat parti dan menyertai Pakatan Rakyat, maka jawatan Perdana Menteri pasti menjadi miliknya. Manakala Dato’ Seri Najib Razak tidak akan mendapat jawatan Perdana Menteri walaupun PM Abdullah sudah dan benar-benar bersedia samada secara terpaksa atau ikhlas menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Dato’ Seri Najib Razak.

Peralihan kuasa Perdana Menteri sememangnya tetap akan berlaku dan tidak boleh tidak berlaku. Namun, peralihan kuasa Perdana Menteri adakalanya tidak “berpindah tangan” secara tradisi yakni peralihan kuasa daripada Perdana Menteri kepada Timbalan Perdana Menteri walaupun Timbalan Perdana Menteri menunjukkan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada Perdana Menteri.

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.