Skip to main content

Perlunya ada "Umno" didalam Umno

Umno merupakan sebuah parti dominan orang Melayu dan sering menjadi pilihan utama pengundi-pengundi Melayu dan Bumiputera setiap kali Pilihan Raya Umum (PRU) berlangsung. Namun pada 8 Mac 2008 yakni pada Pilihan Raya Umum ke 12, Umno bukan saja kehilangan separuh undi orang Melayu dan Bumiputera tetapi gagal mengusai 2/3 majoriti Dewan Rakyat. Apakah orang Melayu dan Bumiputera sudah mulai hilang percaya kepada Parti Umno dan ahli-ahlinya?


Daripada rentetan peristiwa sejarah Umno boleh dikatakan sebagai parti politik yang telah membebaskan Tanah Melayu daripada cengkaman penjajahan British. Umno juga menjadi landasan asas kepada semua orang Melayu dan Bumiputera untuk berpadu, dan berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah. Umno telah melahirkan pemimpin-pemimpin Melayu dan Bumiputera untuk memimpin negara dan menjadi pelindung kedaulatan tanah air daripada unsur-unsur luar yang boleh menggugat kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Agak mustahil jasa-jasa besar Umno ini boleh dinafikan dan ditidakkan oleh pengundi-pengundi terutamanya orang Melayu dan Bumiputera pada 8 Mac 2008. Pemimpin-pemimpin Umno bagaikan tidak percaya sama sekali bagaimana pengundi-pengundi Melayu dan Bumiputera boleh tidak memberi undi kepada Umno agar Umno boleh memerintah. Apakah Umno telah melukakan hati orang Melayu dan Bumiputera? Atau adakah pemimpin-pemimpin Umno yang telah membelakangi matlamat dan perjungan Umno sehingga Umno ditolak oleh pengundi-pengundi setia Umno yakni orang Melayu dan Bumiputera?

Umno bernasib baik pada PRU 12 walaupun tercalar akibat "tulah orang Melayu dan Bumiputera." Adalah diyakini bahawa pengundi Melayu dan Bumiputera masih lagi "sayang" dengan Umno walaupun tidak sayang dengan pemimpin-pemimpin Umno terutamanya Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah dan Timbalan Presiden Umno, Dato' Seri Najib Razak. Sayang orang Melayu dan Bumiputera kepada Umno bukanlah disebabkan pemimpin-pemimpin Umno sekarang yang gemilang, cemerlang, dan terbilang tetapi disebabkan jasa-jasa Umno yang gemilang, cemerlang, dan terbilang.

Oleh yang demikian perlunya ada Umno didalam Umno. Umno didalam Umno ini berperanan sebagai Gestapo, Komityet Gesudartsvennoy Bezopasnosty (KGB), dan Schutzstaffel (SS). Umno didalam Umno ini menjalankan tugas "menyembelih" ahli dan pemimpin Umno yang belot dari perjuangan. Umno didalam Umno ini perlu bertindak secara senyap dan subversif supaya pembelot-pembelot Umno dapat dihapuskan dan dijadikan longgokan habuk. Dalam masa yang sama Umno didalam Umno mengrekonstruksi semula tiang-tiang asas Umno agar Umno kembali kepada matlamat asal penubuhannya.

Umno didalam Umno seterusnya meneraju parti dan menjadi pemimpin parti. Hanya dengan wujudnya Umno didalam Umno, Umno dapat dipulihkan seperti sediakala disamping mengukuhkan semula kepercayaan orang Melayu dan Bumiputera terhadap Umno dan mengundi Umno pada PRU yang seterusnya. Umno didalam Umno perlu dianggotai oleh muda-mudi Umno yang memiliki semua unsur yang diperlukan oleh Umno terutamanya unsur bersih, cekap, dan amanah, dan memahami dengan jelas maksud, makna, dan erti "dari rakyat, kepada rakyat, dan untuk rakyat."

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.