Skip to main content

UiTM perlu untuk "Malaysia"

Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlu untuk semua tanpa mengira seseorang itu Melayu, Bumiputera, Cina, India mahupun bangsa lain asalkan seseorang itu kewarganegaraannya Malaysia sebagaimana yang termaktub didalam Perlembagaan Persekutuan. Namun buat masa ini, Uitm Perlu menjadi hak orang Melayu dan Bumiputera secara mutlak. Ini kerana, dari segi kemajuan kaum, Melayu dan Bumiputera berada ditahap yang terendah jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain seperti kaum Cina dan India.


UiTM merupakan sebuah institusi yang menjadi landasan utama didalam memajukan orang Melayu dan Bumiputera melalui pendidikan dan pelajaran . UiTM telah membuktikan yang penubuhannya tidak sia-sia dan telah berjaya menganjak perubahan orang Melayu dan Bumiputera daripada status “kelas tiga” kepada status “ kelas dua atau kelas satu.” Sejajar dengan matlamat penubuhannya, UiTM perlu peka dengan kedaifan pendidikan dan pelajaran anak-anak orang Melayu dan Bumiputera yang selama ini tidak terbela akibat percaturan dangkal dan jahil pemimpin-pemimpin politik Melayu dan Bumiputera yakni pemimpin-pemimpin Umno/BN khasnya.

Dari segi penyertaan ekonomi, orang Melayu dan Bumiputera masih lagi ketinggalan jauh dibelakang jika dibandingkan dengan kaum Cina. 18 % pegangan ekonomi oleh orang Melayu dan Bumiputera bukan sahaja tidak mencukupi malah menjerut leher orang Melayu dan Bumiputera. Dengan 18 %, orang Melayu dan Bumiputera terlalu sukar untuk menjadi kelas dua apatah lagi kelas satu. Hanya dengan melalui pendidikan, orang Melayu dan Bumiputera boleh mengubah 18 % pegangan ekonomi kepada 30 % atau 50 % atau 70 %. Maka UiTM adalah tunjang asas kepada anjakan paradigma orang Melayu dan Bumiputera kearah kelas dua dan kelas satu pada hari ini, esok dan setrusnya.

Buat masa ini, Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) masih lagi “jaguh” didalam lapangan pendidikan walaupun IPTA-IPTA seperti Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merudum satus kelas dunianya. IPTA-IPTA ini boleh menjadi penawar kepada bakal-bakal siwa dan siswi yang bukan Melayu dan Bumiputera. Lagipun IPTA-IPTA seperti UM dan UKM sering menjadi pilihan bakal-bakal siswa dan siswi yang bukan Melayu dan Bumiputera sejak dari penubuhannya.

Apabila kemajuan orang Melayu dan Bumiputera sudah setanding dan mampu berdaya saing dengan kaum-kaum lain, maka UiTM perlu untuk semua tanpa mengira sesorang itu berdarah Melayu, Bumiputera, Cina atau India. Ini kerana, Melayu, Bumiputera, Cina, dan India merupakan unsur-unsur yang paling asas bagi “Malaysia.” Sekiranya UiTM masih lagi untuk orang Melayu dan Bumiputera maka erti, makna, dan maksud “Malaysia” gagal difahami.

Orang Melayu dan Bumiputera tidak perlu bersifat “sentrik” atau “ultra” apabila bercakap soal hak dan soal ketuanan. Orang Melayu dan Bumiputera perlu ingat bahawa kaum-kaum lain boleh “menjadi” orang Melayu dan Bumiputera melalui asimilasi. Hari ini sudah jelas kaum-kaum lain seperti kaum Cina, dan India dikelasifikasikan sebagai Melayu apabila mereka “masuk Melayu” melalui pemelukan agama Islam dan perkahwinan campur. Apabila kaum-kaum ini yakni kaum Cina dan kaum India menjadi orang Melayu, maka secara hak dan teknikal mereka boleh menjadi bakal siswa dan siswi UiTM.

Kalau UiTM mesti dan perlu untuk Melayu dan Bumiputera semata-mata, maka takrif sebenar orang Melayu didalam Perlembagaan Persekutuan perlu disemak dan dikaji semula. Takrifan Melayu perlu jelas tanpa “didarahi oleh darah-darah non-Melayu.” ini penting untuk menjaga hak dan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera. Maka apabila orang Cina dan India memeluk agama Islam, bertutur bahasa Melayu, dan mengamalkan adat resam Melayu, maka mereka tidak boleh digelar orang Melayu dan perlu digelar dengan nama "kaum asal."

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.