Skip to main content

Kepimpinan melalui teladan

PM Abdullah telah pun menunjukkan sifat kepimpinan melalui teladan apabila dia menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam (Tren komuter dan LRT) pada 21 Ogos 2008. Sifat keteladanan PM Abdullah ini seharusnya dicontohi oleh semua menteri kabinet kerajaan Malaysia yang juga “animal politics.”


PM Abdullah perlu mengekalkan sifat keteladanan ini sama ada semasa bergelar Perdana Menteri atau setelah bergelar “Tun Abdullah Ahmad Badawi” pada hujung pertengahan tahun 2010 nanti. Adalah lebih gemilang, cemerlang, dan terbilang sekiranya PM Abdullah sentiasa bersama-sama rakyat pada masa negara dalam keadaan selamat, aman, dan makmur atau semasa negara “berendam” dengan air banjir, ditimbus tanah-runtuh, dan apa-apa bencana dan malapetaka lain yang menimpa negara seperti malapetaka politik, ekonomi, dan sosial.

Semasa dan setelah menggunakan perkhimatan pengangkutan awam, PM Abdullah tentunya dapat menikmati dan merasai apa yang telah dirasai dan dinikmati oleh rakyat marhaen yang kebanyakannya setia memilih dan mengundi Umno/BN setiap kali Pilihan Raya Umum (PRU) berlangsung. Rakyat marhaen pastinya akan teruja dan terpesona apabila mereka dapat melihat pemimpin yang terkenal dengan mantera gemilang , cemerlang, dan terbilang mendampingi mereka sama ada di waktu susah mahupun di waktu senang.
 
Semasa “mengembara” bersama-sama rakyat marhaen, PM Abdullah pastinya dapat melihat keadaan sebenar rakyat marhaen yang selama ini tidak dibela sepenuhnya oleh wakil-wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat sama ada wakil rakyat parti yang memerintah (Umno/BN) atau wakil rakyat parti pembangkang (PKR, PAS, DAP, dll). Kemelut ratap setinggan, kemelut kedaifan prasarana dan kemudahan awam, dan kemelut riak wajah duka nestapa akibat dibelasah dengan kenaik harga minyak merupakan kemelut rakyat marhaen yang tidak dibela sepenuhnya oleh wakil-wakil rakyat yang dipilih rakyat. Dan sekiranya PM Abdullah ingin merialisasikan “bekerjalah bersama-sama saya tetapi bukan untuk saya” maka PM Abdullah perlu banyak turun padang tanpa mengira kota mahupun desa.
 
Seandainya PM Abdullah menunjukkan sifat kepimpinan melalui teladan hanya ingin sekadar memancing sinar dan kilauan lensa kamera wartawan untuk disajikan sebagai “top news” pada waktu berita perdana di RTM 1, RTM, 2, TV3 dan setesen penyiaran lain, serta publisiti akhbar terutamanya akhbar-akhbar yang berada dibawah tekunjuk kerajaan pemerintah seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian, pastinya PM Abdullah akan mendapat kutukan yang amat menghina daripada seluruh penulis politik yang tidak terindoktrinasi mindanya oleh kerajaan pemerintah. Manakala komuniti penulis blog politik pasti menyajikan wacana-wacana yang penuh satirist dan menjadikan PM Abdullah sebagai bahan jenaka politik wajib. Namun PM Abdullah sudah pasti akan mendapat “tulah” daripada rakyat sebagaimana yang berlaku pada peristiwa 8 Mac 2008.
 
Sekiranya PM Abdullah menunjukkan dan meragakan sifat kempimpinan melalui teladan hanya semata-mata kerana ingin mengambil berat permasalahan rakyat, PM Abdullah pasti mendapat tempat dihati rakyat pada setiap kali berlangsungnya PRU. Jika setelah bergelar Tun Abdullah Ahmad Badawi kelak, rakyat pasti mengenang mantera sakti “bekerjalah bersama-sama saya tetapi bukan untuk saya” dan “gemilang, cemerlang, dan terbilang.”
 
Ketunjukan sifat keteladanan ini perlu seiring dan sejalan, dan sehati dan sejiwa yakni sekiranya PM Abdullah “borek” maka Timbalan Perdana Menteri dan semua Menteri Kabinet perlulah ”rintik.” Sekiranya PM Abdullah menunjukkan dan meragakan sifat kepimpinan melalui teladan manakala Menteri-menteri Kabinet menunjukkan, meragakan, dan membanggakan sifat yang tidak baik pada pandangan mata, rakyat terutamanya, maka PM Abdullah masih dianggap gagal sebagai “Pemimpin Hadhari” dan hanya sekadar meraih sinar gemilang dan cemerlang tetapi tidak terbilang dan sudah tentu rakyat marhaen inginkan gemilang, clemerlang, dan terbilang.

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.