Skip to main content

Sejarah yang berulang

Peralihan kuasa diantara PM Abdullah dengan TPM Najib Razak berlaku seperti yang dirancang dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak. “Sejarah” Perdana Menteri pertama merujuk kepada “penyerahan kuasa oleh Perdana Menteri kepada Timbalan Perdana Menteri samada secara terdesak dan terpaksa.”
SeMalaysia umumnya mengetahui secara “sejarah” kenapa YTM Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia pertama menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Tun Abdul Razak yang juga bapa kepada Timbalan Perdana Menteri sekarang?


Sudah semestinya sejarah yang ditulis oleh tangan-tangan ahli sejarah tanah air yang dikawal secara senyap akan mengatakan “perletakan Sejarah Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman akan berulang sekirnya jawatan Perdana Menteri oleh YTM Tunku Abdul Rahman adalah disebabkan oleh faktor dan keadaan politik yang tidak menentu.” Namun hanya segelintir sahaja tangan-tangan ahli sejarah mengatakan “YTM Tunku Abdul Rahman berundur daripada jawatan Perdana Menteri kerana mendapat desakan dan hilang keyakinan daripada “animal politics” yang sezaman dengannya ekoran daripada kegagalan YTM Tunku Abdul Rahman menangani masalah perkauman sehingga mencetuskan tragedi berdarah 13 Mei 1969.

Pengunduran PM Abdullah daripada jawatan No. 1 negara menunjukkan, sejarah perletakan jawatan Perdan Menteri pertama YTM Tunku Abdul Rahman berulang. PM Abdullah dilihat oleh sestengah pihak sebagai “bagus” tetapi tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kegagalan PM Abdullah menangani isu perkauman di Malaysia, di Semenanjung terutamanya, menyebabkan ketidakpuasan kaum hampir meledak apabila kaum India yang diwakili oleh Hindraf (Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu) mengadakan perhimpunan haram untuk mendesak kerajaan PM Abdullah supaya membela hak dan nasib mereka sebagai rakyat Malaysia.

Ketidakpuasan kaum Cina di Malaysia jelas terpancar apabila peratusan mengundi mereka yang mengundi parti pemerintah rendah jika dibandingkan dengan jumlah peratusan mereka mengundi parti pembangkang yang berasaskan ke”Cina”an yakni parti DAP. MCA, walaupun berasaskan keCinaan, namun parti tersebut teruk dibelasah oleh pengundi-pengundi kaum Cina sebagai satu amaran ketidakpuasan mereka terhadap pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi.

Melayu, walaupun seagama dan sekaum dengan Abdullah Ahmad Badawi, terdapat ramai juga dikalangan orang-orang Melayu mengundi parti-parti pembangkang tanpa mengira parti tersebut samada berasaskan keMelayuaan atau keCinaan. Tujuan mereka mengundi parti-parti pembangkang adalah tidak lain dan tidak bukan sebagai menunjukkan kemarahan secara senyap kepada Abdullah Ahmad Badawi kerana ketidakpuasan terhadap gaya pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi yang lemah dan tidak bersifat patriotik.

Walaupun YTM Tunku Abdul Rahman gagal didalam menangani masalah perkauman, dari segi pencapaian kePerdana-Menterian, YTM Tunku Abdul Rahman lebih cemerlang, gemilang, dan terbilang walaupun mantera “gemilang, cemerlang, dan terbilang” tidak pernah terlintas didalam kotak akal fikiran YTM Tunku Abdul Rahman. YTM Tunku Abdul Rahman juga telah meninggalkan satu legasi yang boleh dijadikan warisan Negara manakala Abdullah Ahmad Badawi sebaliknya dan Abdullah Ahmad Badawi hanya “pelengkap" siri kePerdana-Menterian Malaysia.

Negara yang mana pemimpinnya lemah dan tidak berupaya mentadbir dengan gemilang, cemerlang, dan terbilang negara itu pasti akan ditimpa malapetaka dan bencana. Rusuhan kaum akibat pergeseran sesama adalah satu contoh bencana yang menimpa negara. Pada 13 Mei 1969, bencana sebegitu berlaku di Malaysia dan menyingkirkan pemimpinnya dari kerusi No. 1 negara.

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.