Skip to main content

Demokrasi di Malaysia "masih" segar?

Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno, Dato' Seri Najib Razak menyifatkan demokrasi di Malaysia masih segar berikutan kemenangan besar penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato' Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil Parlimen kawasan Permatang Pauh.


Kenyataan Dato' Seri Najib, "demokrasi di Malaysia masih segar" menunjukkan demokrasi di Malaysia "dalam keadaan" segar yakni berada dalam keadaan baik. Namun daripada sudut pandang teori demokrasi seperti mana yang dihasilkan oleh Montesquie, eksekutif dan perundangan perlu wujud secara terpisah dengan kehakiman. Sekiranya ketiga-tiga unsur tersebut wujud secara bertindih bermakana ia bukan demokrasi.

Di Malaysia keadaan ketiga-tiga unsur tersebut berada dalam keadaan bertindih. Walaupun ketiga-tiga unsur tersebut digelar sebagai "tangan kerajaan" namun "kehakiman" dilihat sebagai tidak bebas dan sentiasa ditangani oleh "tangan-tangan" halimunan dari eksekutif dan perundangan. Apabila kehakiman dikuasai oleh eksekutif dan perundangan bermakna itu bukan demokrasi. Demokrasi memastikan supaya tidak wujud perbezaan dikalangan unit institusi (institusi ditunggangi oleh unit elitis sosial) mahupun unit sosial. Adakah demokrasi di Malaysia masih segar?
 
Di Malaysia, fahaman pengundi wujud dalam pelbagai jenis. Ada yang bersifat "kerajaan," ada yang bersifat "pembangkang," dan ada yang bersifat "atas pagar." Sifat fahaman pengundi inilah yang sering membingungkan animal politics terutamanya animal politics parti yang memerintah yakni Umno/BN. Apabila pengundi yang berfahman "kerajaan" beralih arah kepada fahaman "pembangkang" dan " atas pagar," parti politik yang memerintah pastinya akan kehilangan kerusi di Parlimen sekaligus kehakisan kuasa.

Dengan merujuk kepada Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh (P44), adakah rakyat di kawasan tersebut akan "dianaktirikan" oleh parti yang memerintah ekoran daripada perubahan aliran "fahaman mengundi" mereka? Sedangkan demokrasi mengajar pengamalnya yakni animal politics bahawa tidak harus ada perbezaan kelas. Adakah demokrasi di Malaysia masih segar?
 
Kawasan-kawasan Parlimen yang jatuh ketangan Parti Pembangkan, pasti akan berhadapan dengan "perang saraf" yang diisytiharkan oleh parti yang memerintah. Perang saraf inilah yang akhirnya menyebabkan kawasan-kawasan Parlimen ini mundur dari segi infrastruktur pembangunan yang mana akhirnya rakyat dikawasan Parlimen itu dijadikan "karung tinju" sebagai membalas perbuatan "bersifat pembangkang dan atas pagar."
 
Ini jelas berlaku di kawsan-kawasan Parlimen yang jatuh ke tangan Parti Pembangkang atau sememangnya milik Parti Pembangkang. Sebagai contoh, Permatang Pauh (P44) memiliki jalan raya yang kecil dan sempit, manakala tahap modenisasinya masih lagi tahap "kampung baru" yang baru hendak bertukar menjadi pekan. Hal ini seterusnya akan menyebabkan hidup rakyat berada dalam keadaan kelas dan kasta. Parti yang memerintah yakni Umno/BN pastinya tidak akan membantu animal politics Parti Pembangkang tetapi tidak membantu rakyat tanpa mengira apa fahaman politik mereka adalah satu kesalahan etika dalam doktrin demokrasi. Adakah demokrasi di Malaysia masih segar?
 
Dari segi fakta dan data Malaysia sememangnya merupakan sebuah negara demokrasi. Maka tidak hairanlah kelas "sang penguasa" bangga mendabik dada di pentas-pentas dunia menyatakan "Malaysia ialah negara demokrasi." Namun dari segi pengamalan, Malaysia bukanlah negara demokrasi. Malaysia hanyalah mengamalkan "sistem campuran" didalam pentadbiranya. Demokrasi di Malaysia masih segar?

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.