Skip to main content

"Kegagalan besar" Tun Dr. Mahathir

Bagaimanapun, pada ambang persaraan Dr. Mahathir, beliau mengakui beliau telah gagal mengubah minda kaum Bumiputera Melayu ke arah yang lebih progresif seperti kaum-kaum bukan Bumiputera.”

-Dr. Ahmad Atory hussain, Profesor Politik dan Dasar Awam UUM

Kegagalan “besar” Tun Dr. Mahathir ini sememangnya akan mendatangkan malapetaka dan bencana politik, ekonomi, dan sosial terhadap Bumiputera Melayu. Kegagalan Tun Dr. Mahathir mengubah minda Bumiputera Melayu menyebabkan minda Bumiputera Melayu sentiasa berada dalam keadaan statik yakni berada dalam “ruang tempurung.”


Minda yang statik dan minda yang tidak berkembang bukan sahaja melihat dunia dalam kerangkah yang sempit malah melihat dunia melalui “lubang tempurung” bukannya dari “mata burung.” Kegagalan Bumiputera Melayu sama ada dalam lapangan politik, ekonomi, dan sosial berhubung kait secara rapat dengan minda.

Bumiputera Melayu sememangnya dilihat berjaya dan bergaya dalam lapangan politik. Parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno) merupakan parti politik dominan yang diterajui oleh Bumiputera Melayu. Umno telah menabur jasa yang begitu besar dan tidak ternilai harganya terhadap Bumiputera Melayu. Namun Umno hari ini tidak lagi seperti Umno yang dulu. Umno sekarang sudah dilihat sebagai pengkhianat Bumiputera Melayu. Umno sekarang sudah dilihat sebagai parti elit dan tidak layak dianggotai oleh “pejuang-pejuang rakyat di desa” kerana faktor “kasta proletariat.”

Perubahan yang mendadak di dalam Umno berhubung kait secara rapat dengan minda-minda yang ada dalam Umno. Minda yang ada dalam Umno ialah minda pemimpin-pemimpin Umno, ahli-ahli parti Umno, dan yang paling penting ialah minda Presiden Umno (Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi) dan Timbalan Presiden Umno (Dato’ Seri Najib Razak) serta pemimpin-pemimpin kanan Umno.

Apabila minda-minda yang ada dalam Umno anachronism dan sempit, Umno pastinya akan menjadi longgokan habuk sejarah. Lebih malang lagi apabila Presiden Umno dan Timbalan Presiden Umno tidak mempunyai keupayaan minda yang setanding dengan minda politikus-politkus yang diiktiraf oleh politik dunia. Minda yang ketinggalan zaman dan sempit pasti akan memporak-perandakan pemimpin sesama pemimpin, ahli sesama ahli, dan pemimpin sesama ahli didalam Umno. Keporak-perandakan sudah jelas wujud didalam Umno. Pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Umno terjerumus kepada pergeseran dan becakaran sesama sendiri. Unsur dan gejala jelik yang ada dalam Umno sudah semacam adat yang diadatkan oleh pemimpin dan ahli Umno, dan sudah semacam candu bagi kalangan oppostunist yang menjadi parasit di dalam Umno.

Politik itu kuasa, dan kuasa boleh diperolehi melalui penyertaan politik. Namun kuasa perlu digunakan secara bijak, cerdik, dan pintar. Umno telah melahirkan banyak pemimpin politik Bumiputera Melayu namun hanya segelintir pemimpin politik yang dilahirkan berminda progresif. Sejak (Tun) Dr. Mahahtir berundur dari jawatan Presiden Umno, Umno sudah kehilangan “the mind of the starategies.” Namun apabila Abdullah Ahmad Badawi menjadi Presiden Umno, Umno bukan sahaja “parah minda” malah Umno mulai menapak ke arah kehancuran.

Maju mundur Bumiputera Melayu dalam lapangan ekonomi juga berkait secara rapat dengan minda. Tanpa minda yang progresif, penyertaan Bumiputera Melayu dalam lapangan ekonomi akan terbantut dan tidak berkembang. Secara fakta dan data, penyertaan Bumiputera Melayu didalam lapangan ekonomi hanyalah sekitar 18 % dan 18 % hanya sekadar “cukup makan.” Pada akhir tahun 1969 dan awal 1970-an, Dasar Ekonomi Baru telah dilancarkan dan dilaksanakan supaya Bumiputera Melayu dapat turut serta didalam lapangan ekonomi di samping merasai nikmat hasil “bumi bertuah” yang sering mendapat jolokan “suvarnabumi” di dalam sejarah.

Namun DEB yang dilaksanakan gagal mencapai motif dan objektifnya. Pada tahun 1969, 1970, dan awal 1980-an, perlaksanaan DEB berada di atas landasan yang sebenar. Namun pada pertengahan tahun 1980-an dan tahun 1990-an, DEB sudah menyeleweng daripada landasan dan asas matlamat perlaksanaannya yakni membantu Bumiputera Melayu di dalam lapangan ekonomi. Faktor yang membawa kepada kegagalan peraksanaan DEB adalah tidak lain dan tidak bukan disebabkan oleh sebilangan minda orang Melayu dan pemimpin Melayu yang sempit dan statik. Minda yang sempit dan minda yang statik menyebabkan DEB diwarnai dengan penyelewengan, rasuah, salah laku, kronisme, dan nepotisme.

Akibat dan kesan keparahan minda sebilangan Bumiputera Melayu samada Bumiputera Melayu politikus, kapitalis, sosialis, dan marhaen menyebabkan penyertaan dan pegangan ekuiti ekonomi Bumiputera Melayu berlegar disekitar 18 % dan 19 % sedangkan,

“Kerajaan Perikatan sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, yang praktis dan realis hanya suka menyebut sesuatu yang difikirkan munasabah dan boleh dijayakan. Kita membuat anggaran 30% daripada aktiviti-aktiviti perdagangan dan perusahaan dipegang oleh orang-orang Melayu dan Bumiputera lain dalam masa dua puluh tahun ialah kerana ini angka yang munasabah. Kita telah menyatakan bahawa ini adalah sekurang-kurangnya yang kita cadangkan. Kalau kita boleh buat lebih daripada itu, sangatlah elok.”-Ucapan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak semasa menggulung perbahasan ucapan terima kasih di atas Titah Di-Raja di Dewan Rakyat pada 17 Mei 1972.

Dunia sosial Melayu Bumiputera kini berada dalam keadaan yang tenat. Ramai muda-mudi Melayu Bumiputera terjerumus ke kancah penyakit sosial. Manakala pemimpin-pemimpin Melayu Bumiputera seolah tidak mampu berbuat apa-apa . Dari segi dominasi penyakit sosial, Melayu Bumiputera sentiasa mengungguli carta. Keterjerumusan muda-mudi Melayu Bumiputera kedalam kancah sosial seperti penagihan dadah, seks bebas, pengangguran, jenayah dan sebagainya berkait rapat secara langsung dengan minda. Minda yang tidak progresif sudah pasti akan menyebabakan sakit sosial Melayu Bumiputera bertambah parah.

Dalam keadaan “sakit sosial” Melayu Bumiputera yang kini berada dalam keadaan tenat dan sarat, pemimpin-pemimpin politik Melayu Bumiputera terutamanya, perlu bekerja dengan lebih keras disamping mencari jalan penyelesaian jangka masa panjang untuk merawat “sakit sosial” Melayu Bumiputera ini daripada merebak. Pada masa yang sama, penggubal-penggubal dasar yang bertuan dengan pemimpin-pemimpin politik Melayu Bumiputera perlu menggubal dasar-dasar yang boleh menyelesaikan masalah dan bukannya dasar-dasar yang mencari masalah untuk difaktakan dan didatakan didalam Buku Laporan Tahunan kerajaan yang memerintah. Dasar pelajaran dan pendidikan terutamanya perlu digubal dengan teliti disamping mengambil kira kesan dan akibat jangka masa pendek dan jangka masa panjang terhadap pembangunan sosial Melayu Bumiputera.

Walaupun Tun Dr. Mahatir dinobatkan sebagai Bapa Permodenan Malaysia dan membawa perubahan besar kepada Malaysia , namun Tun Dr. Mahathir menganggap kegagalannya mengubah minda Melayu Bumiputera ke arah yang lebih progresif satu kegagalan yang besar. Adakah PM Abdullah Ahmad Badawi dan PM-PM yang seterusnya akan mewarisi kegagalan besar Tun Dr. Mahathir dan mengaku “saya gagal mengubah minda Melayu Bumiputera ke arah yang lebih progresif” pada hari persaraan?

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.