Skip to main content

Tidak bertanggungjawab, pembaziran?

Tindakan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Dato' Seri Dr. Wan Azizah yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatan dilihat oleh sesetengah pihak terutamanya pihak dari golongan parti pemerintah, Umno/BN, sebagai tidak bertanggungjawab dan membazir. Sekiranya tindakan Dato' Seri Dr. Wan Azizah dianggap sebagai satu pembaziran sudah tentu rakyat marhaen di Permatang Pauh akan menolak Pilihan Raya Kecil Parlimen yang hendak diadakan. Namun sebaliknya rakyat di Permatang Pauh keseluruhannya menyambut baik perlaksaanaan Pilihan Raya Kecil Parlimen.


Dari sudut pandang atas pagar yakni tidak menyebelahi mana-mana pihak samada pihak parti pemerintah dan pihak parti pembangkang, mengadakan Pilihan Raya Kecil Parlimen memang memerlukan perbelanjaan yang sedikit besar. Dana yang digunakan sudah tentu dana awam yang sinonim dengan duit rakyat. Namun itu tidak menjadi hal kepada rakyat kerana belanjawan Pilihan Raya Kecil Parlimen ditanggung oleh rakyat atas prinsip kepentingan rakyat melainkan dana yang digunakan datangnya dari "saku" kerajaan yang memerintah. Apakah duit rakyat dan duit kerajaan berbeza? Apakah kerajaan memerintah memiliknegarakan duit rakyat?

Perletakan jawatan Dato' Seri Dr. Wan Azizah dilihat sebagai satu tanggungjawab kepada rakyat bukannya sebagai isteri tercinta kepada penasihat de facto PKR. Dato' Seri Dr. Wan Azizah meletakkan jawatan adalah untuk kepentingan rakyat dan bukan untuk kepentingan jawatan politik penasihat de facto PKR. Sekirnya perletakan jawatan oleh Dato' Seri Dr Wan Azizah bermotifkan politik dan bukan untuk kepentingan rakyat, pastinya Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mendapat tulah daripada rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) 13 nanti.

Jika dibuat satu perbandingan diantara Dato' Seri Dr. Wan Azizah dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim, kedua-dua tokoh politik ini mempunyai magis politik dan mampu menggegarkan rumah keramat Umno dan Tingkat 4 Jabatan Perdana Menteri, Putra Jaya. Dato' seri Dr. Wan Azizah dilihat sebagai seorang ahli politik yang juga wakil rakyat yang dikira baik dan layak bergelar wakil rakyat. Manakala Dato' Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai ahli politik yang dikira lebih baik dan lebih layak menjadi wakil rakyat. Walaupun kedua-dua tokoh ini bergelar suami isteri, rakyat pasti menginginkan seorang wakil rakyat yang luar biasa agar hak dan nasib mereka sebagai rakyat terbela yang selama ini terabai dan dipandang sinis yang menghina oleh parti yang memerintah yakni Umno/BN.

Perlaksanaan Pilihan Raya Kecil Parlimen tidak akan membebankan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana SPR bukan milik sesiapa samada parti yang memerintah yakni kerajaan mahupun parti pembangkang. SPR adalah badan bebas yang tidak terikat dengan mana-mana pihak. Sekiranya pegawai dan kakitangan SPR terbeban dan mendapat "penyakit akut" sebelum, semasa, dan selepas Pilihan Raya Kecil Parlimen, maka itu sudah menjadi tanggungjawab mereka yakni SPR kepada rakyat. Lagipun dana dan imbuhan yang diperoleh oleh SPR datangnya daripada rakyat.

Namun adalah tidak adil sekiranya Pilihan Raya Kecil Parlimen yang diadakan dicop sebagai tidak bertanggungjawab dan membazir. Bagaimana dengan Pilihan Raya Kecil Ijok? Adakah parti pemerintah melaksanakannya dengan penuh tanggungjawab dan tidak melakukan pembaziran? Bagaimana dengan tentang keretakan MRR2 yang dilaporkan baru-baru ini disamping didakwa mengalami keretakan yang kali ke-3? MRR2 adalah hak milik rakyat kerana pembinaannya menggunakan dana awam yakni duit rakyat. Masakan kerajaan yang memerintah tergamak mempermainkan rakyat dengan keretakan MRR2 dan berdolak-dalik untuk menutup kesilapan yang disengajakan!
Kerajaan yang memerintah yakni kerajaan PM Abdullah Ahmad Badawi perlu tahu makna demokrasi yang sebenar. Rakyat inginkan demokrasi, demokrasi akan terlaksana apabila rakyat menginginkan Pilihan Raya tidak kira Pilihan Raya Kecil Parlimen mahupun Pilihan Raya Umum (PRU). Kerana melalui Pilihan Rayalah rakyat dapat memilih siapa yang layak menggantikan Perdana Menteri dengan seorang yang lebih layak dalam semua serba-serbi.

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.