Skip to main content

Umno dan kecanduan politik wang

Politik wang sudah semacam “virus” didalam Umno dan ia sudah menjangkiti seluruh “tubuh badan” Umno dan memerlukan post mortem disamping rawatan ajaib. Namun politik wang didalam Umno juga dilihat sebagai semacam “candu” kepada ahli-ahli Umno yang opportunist samada diperingkat cawangan, bahagian, negeri dan pusat. Politik wang seterusnya sudah menjadi satu adat yang diadatkan oleh golongan opportunist sehingga Presiden Umno sendiri “lumpuh akal” mencari penyelesaiannya.


Isu politik wang bukanlah tuduhan, tohmahan ataupun dakwaan yang dilemparkan oleh aktor-aktor pembangkang terhadap Umno khasnya dan BN amnya. Masalah politik wang sememangnya sudah lama berakar umbi didalam tunjang Umno sehinggakan wazir-wazir kanan Umno sendiri mengaku kesedihan akan keparahannya.

Sesetengah penulis politik prolifik menyifatkan Umno sebagai sebuah parti dominan orang Melayu hanya menanti retak meniti belah. Disamping masalah dan gejala politik wang, Umno juga dilanda badai pergeseran, percakaran, dan kepuak-puakan sesama sendiri. Keadaan Umno bertambah parah apabila Presiden Umno Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi lemah dan tidak berupaya menangani setiap permasalahan yang wujud didalam Umno.

Gejala politik wang didalam Umno jika tidak dibanteras, Presiden Umno sendiri akan kehilangan jawatan. Bukan sahaja Presiden Umno akan hilang jawatan malahan kesemua pemimpin-pemimpin Umno yang kini berada dizon selesa. Contoh yang gemilang, cemerlang, dan terbilang kemuncak politik wang didalam Umno ialah politik wang telah berjaya menggagalkan hasrat mantan Presiden Umno, Tun Dr. Mahathir daripada menjadi perwakilan pada Mesyuarat Agong 2006 apabila badut-badut opportunist disuap dengan RM 200 untuk tidak memberi undi kepada Tun Dr. Mahathir sewaktu pemilihan perwakilan Umno ke Mesyuarat Agong Kubang Pasu. Bukan Tun Dr. Mahathir sahaja yang menjadi mangsa gejala politik wang tetapi pemimpin-pemimpin lain yang ada didalam Umno. Bagaimana dengan Tengku Razaleigh Hamzah?

Apabila politik wang didalam Umno sudah semacam candu dan sudah semacam adat yang diadatkan, Presiden Umno tidak lagi berkuasa dalam erti kata yang sebenar. Presiden Umno terpaksa “kow tow” kepada pemimpin-pemimpin yang berpengaruh didalam Umno. Kalangan pemimpin yang berpengaruh ini adakalanya opportunist yang tidak menonjolkan sifat opportunist. Bagi mengekalkan jawatan Presiden Parti dan nasib politik, Presiden Umno terpaksa akur kepada suara-suara majoriti opportunist terutamanya didalam setiap pemilihan parti. Didalam pemilihan parti, kalangan opportunist Umno adakalanya menunjukkan sifat belas dan kasih kepada Presiden Parti kerana tanpa Presiden Parti, peluang pemimpin-pemimpin Umno menjadi opportunist tidak akan menjadi kenyataan.

Gejala politik wang didalam Umno tidak akan terhenti sampai bila-bila masa selagi wujudnya golongan opportunist. Walaupun Presiden Umno bersama wazir-wazir kepimpinan berikrar membasmi gejala politik wang sehingga ke akar umbi, opportunist bijak mengatur strategi dan percaturan dengan meng"apparatus"kan pihak ketiga seperti Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) dan Badan Pencegah Rasuah (BPR). Didalam penyiasatan rasuah politik wang, walaupun Presiden Umno memberikan arahan kepada BPR, BPR tidak dapat menyelesaikan siasatan dan laporan yang gemilang, cemerlang, dan terbilang kepada Presiden Umno kerana kurang bukti keterangan prima facie.

Sesuatu yang menarik didalam Umno ialah, ahli-ahli Umno samada ahli biasa atau ahli berjawatan didapati melakukan rasuah politik, akan disingkirkan dengan serta-merta daripada parti setelah menjalani proses penghakiman yang "berhakimkan" Lembaga Disiplin Parti dan Majlis Tertinggi Umno (MT-Umno). Penyingkiran adakalanya bersifat sementara dan ahli-ahli Umno yang disingkirkan dibenarkan masuk semula ke dalam parti setelah Lembaga Disiplin Parti dan MT-Umno cukup yakin dengan pangakuan taubat ahli-ahli yang disingkirkan dengan pengakuan " maruahku, hidupku, dan perjuanganku demi Umno!"

Untuk membasmi gejala politik wang didalam Umno, Lembaga Disiplin dan Majlis Tertinggi perlu memainkan peranan. Dan setiap ahli yang didapati terlibat dengan gejala poltik wang perlu disingkirkan dengan serta merta, serta tidak diberi pengampunan dan tidak dibenarkan masuk semula kedalam Umno sebagaimana "hukuman Umno" terhadap mantan Presiden Umno, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Sekiranya Lembaga Disiplin dan Majlis Tertinggi bersifat "dondang sayang" dan tidak mampu berperanan berkmakna Lembaga Disiplin tidak mempunyai makna, manakala Majlis Tertinggi (MT) hanyalah "empty." Kegagalan Lembaga Disiplin, Majlis Tertinggi, Presiden Umno dan pemimpin-pemimpin Umno lainnya didalam membasmi politik wang hanya menjerumuskan Umno kedalam "tong sampah sejarah politik" tanah air.

Comments

infogue said…
artikel anda :

http://berita-politik-dunia.infogue.com/
http://berita-politik-dunia.infogue.com/umno_dan_kecanduan_politik_wang

promosikan artikel anda di www.infogue.com dan jadikan artikel anda yang terbaik dan terpopuler menurut pembaca.salam blogger!!!

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.