Skip to main content

Kalah tetapi masih menang

Kekalahan besar calon Umno/BN Datuk Arif Shah Omar Shah, pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh (P44) memang sudah diduga oleh banyak pihak. Permatang Pauh merupakan kubu kuat Parti Keadilan Rakyat (PKR) walaupun Permatang Pauh pada era Perdana Menteri (Tun) Dr. Mahathir dibawah kibaran bendera Umno/BN. Namun kekalahan besar calon Umno/BN ini boleh disifatkan sebagai "kalah tetapi masih menang."


Kemenangan besar penasihat PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh masih belum boleh dianggap sebagai menang total. Ini kerana, untuk menyambung "nyawa politik" Umno/BN, Kerajaan Pusat pastinya akan memainkan peranan secara psikologi atau "perang saraf" terhadap Ahli Parlimen Permatang Pauh walaupun terpaksa mengorbankan nasib rakyat di Permatang Pauh. Ada kemungkinan pada pembentangan Belanjawan 2009, nanti ia akan digunakan sebagai senjata pemusnah untuk mengganyang Ahli Parlimen Permatang Pauh bersama algojonya dan rakyat yang berfahaman pembangkang dan atas pagar.
 

Jika dibuat satu perbandingan "atas pagar" antra Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan Datuk Arif Shah Omar Shah, Dato' Seri Anwar Ibrahim tentunya lebih "jago" dan mampu membela nasib rakyat di Permatang Pauh. Pada masa yang sama, Dato' Seri Anwar Ibrahim dilihat mampu mempengaruhi dasar Kerajaan Pusat (Umno/BN) secara psikologi. Seterusnya Dato' Seri Anwar Ibrahim memiliki "magis politik" dan seorang orator kelas dunia. Namun sejak kebelakangan ini Dato' Seri Anwar Ibahim menunjukkan sedikit kepincangannya sebagai pemimpin dan negarawan. Ini sekali gus boleh merubah kepecayaan rakyat terhadapnya.
 
Manakala Datuk Arif Shah Omar Shah pula mempunyai kelebihan dari segi kedudukan politik kerana organisasi politik yang ditungganginya ialah parti politk pemerintah yakni Umno/BN, disamping mempunyai kelebihan "wo jiang hua yu." Mana-mana calon BN terutamanya yang bertunjangkan Umno, walaupun tidak menunjukkan prestasi gemilang, cemerlang, dan terbilang semasa Pilihan Raya sama ada Pilihan Raya Kecil Parlimen mahupun Pilihan Raya Umum, pastinya calon-calon Umno/BN tetap dikira sebagai "menang" walaupun rakyat menolak mereka melalui kaedah demokrasi.
 
Kemenangan mereka dapat dilihat melalui pengaplikasian apparatus politik yang boleh digunakan sebagai senjata utama. Umpamanya, Belanjawan 2009 yang akan dibentangkan nanti boleh dijadikan sebagai satu contoh senjata politik untuk mengganyang musuh-musuh politik parti pemerintah. Pada pembentangan Belanjawan 2009 nanti pastinya rakyat di Parlimen Permatang Pauh akan dilayangkan "red card" dan mendapat "bye" secara halus dan licik lagi profesional selepas pembentangan Belanjawan 2009.
 
Rakyat di Parlimen Permatang Pauh yang memilih dan memangkah Umno/BN pastinya akan mendapat perhatian dan diberikan keutamaan terutamnya didalam hal-hal projek pembangunan Kerajaan Pusat. Manakala rakyat yang memilih dan memangkah Parti Pembangkang akan disisihkan secara "belakang layar perak" dan akan didengungkan semula pada menjelangnya Pilihan Raya Umum seterusnya yakni PRU-13 dengan mantera "projek pembangunan untuk rakyat daripada Umno/BN (merangkap Kerajaan Pusat)."
 
Kemenangan Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak akan membawa apa-apa makna kepada rakyat di Permatang Pauh walaupun memberi makna besar kepada Parti Keadilan Rakyat khasnya dan Pakatan Rakyat amnya. Ini kerana, Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai apa-apa aset yang besifat ekonomik yang boleh dicairkan untuk menjana pembangunan rakyat melainkan Dato' Seri Anwar Ibrahim mendapat bantuan ajaib daripada pihak ghaib atau "silent business tycoon." Rakyat Permatang Pauh yang mengundi Parti Keadilan Rakyat semasa Pilihan Raya Kecil Parlimen (P44) pastinya akan muak dengan retorika Dato' Seri Anwar Ibrahim pada suatu masa nanti sekiranya "keajaiban" yang dijanjikan tidak tampak.
 
Kekalahan besar Datuk Arif shah Omar Shah tetap akan berkmakna kepada dirinya sendiri dan Umno/BN secara tidak langsung. Ini kerana Datuk Arif Shah Omar Shah tidak perlu memikirkan masalah rakyat secara analisis dan kritis kerana mendapat saluran bantuan dan khidmat sokongan daripada Kerajaan Pusat merangkap Umno/BN. Rakyat Permatang Pauh yang mengundi BN pastinya akan mendapat bantuan apabila Permatang Pauh dilanda bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh, bantuan krisis, bantuan khas Aidilfitri dan sebagainya. Rakyat Permatang Pauh pastinya akan tetap setia memilih dan memangkah Umno/BN kerana "majoriti tidak semestinya kualiti."
 
"Kalah tapi masih menang" sudah banyak dijelaskan oleh petunjuk-petunjuk politik; dulu dan sekarang. Malahan rakyat yang tidak arif tentang politik pun dapat berfikir secara "asas politikal" akan pro dan kontra kalah dan menang seseorang ahli politik di atas papan catur Pilihan Raya. Kemenangan pihak pembangkang belum pasti membuahkan hasil dan kekalalahan pihak dibangkang pastinya membuahkan hasil tanpa disangka-sangka bak "durian runtuh."

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.